PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

NASI TOMATO

Posted on: September 22, 2010


E- mail dari saudarimAwin Awin,

 

 

 

 

 

 

 

 

Harap mamak memberi tunjuk ajar untuk membuat nasi tomato versi mamak…saya selalu mengikuti resepi mamak …mmg best laaa…..email dari Awin:

Kali ini terpaksalah mamak berikan resepi khas ini untuk  Awin-Awin dan pengunjung blog yang ingin buat Rumah Terbuka kadar 20 orang kebawah. Dan jangan lupa Nasi Tomoto ini perlu dihidang dengn set seperti Dalca, Ayam masak merah dan juga Kerabu Nenas. Sila baca posting cara masak nasi kandar, Resipi ayam masak merah atau masak madu dan dalca. Kerabu nenas tak payah kot…ia amat mudah.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg.Beras Basmathi / Beras biasa 5% hancur. Cuci dan rendan 10 minit dan toskan supaya kering.
  • 1/2 cawan tin Kimball Tomato Sup.
  • 2 sudu besar Kimball Tomato Puree.
  • 1/2 tin susu cair.

*   Air mengikut sukatan beras 1 nisbah1. kalau basmathi lebih 1/4 bhg lagi.(1:1 jangan lupa sukat)

Bahan Untuk Tumis.

  • 3   sudu besar minyak sapi blended.
  • 3   sudu besar mentega kalau tak suka minyak sapi lah.
  • 2   keping. kayu manis 3″.
  • 2   helai daun pandan dikerat 3 inci.
  • 3   kuntum bunga lawang.
  • 5   biji buah pelaga.
  • 7  kuntum bunga cengkih.
  • 2   biji bawang besar dihiris.
  • 2   sudu besar pes (kisar) bawang putih dan halia.
  • 1   sudu besar bawang kisar.
  • 1  sudu besar gula pasir / gula batu.
  • 25 gm buah kismis dan sedikit biji janggus.

Cara-Cara Memasak:

1.  Panaskan periok, masukkan mentega/ minyak sapi.

2. Bila minyak panas, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, kismis, jangus. Dan seterusnya masukkan pes bawang putih dan halia telah dikisar, daun pandan, bawang dikisar.

3.  Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan Kimball Tomato sup, Kimball Tomato puree, sus cair dan masukkan air yang telah disukat. Masukkan gula batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periok.

3. Apabila air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Apabila air mula mendidih, Kecilkan api dapur dan tutup tudung periok dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dgn benda yg berat seperti batu lesong supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak.

4. Tunggu sampai wap mula cuba keluar dari tudung periok,  isyarat nasi mulai sejat. Buka tudung periok. Masukkan sedikit warna kuning pada dua atau tiga lubang yang terbentuk hasil dari nasi yang sedang mendidih. Tutup kembali tudung dan kecilkan lagi api dapur supaya nasi tidak akan hangit. Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit – 35 minit. Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur boleh dikawal.

5.  Apabila nasi telah masak mencungkil menggunankan sudip dan terbalikan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai.

6. Jangan kerap buka tudung periok nasi. Ini akan menyebabkan wap terkeluar banayak dan Nasi anda menjadi mentah. Sekiranya nasi anda menjadi mentah, renjiskan air panas (guna sudu) ke atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama. Untuk hiasan gunakan bawang goreng dan kacang peas atau daun pudina. Kacang peas kalau menggunakan dlm tin pastikan air dikeringkan dahulu sebelum taburkan di atas nasi. Selamat mencuba.

Kalau masih keliru dan was-was mencuba atau ingin tahu lebih lanjut tentang apa saja masakan mamak email kat Mamak: mohd.roslan99@gmail.com. Sila baca atikal-atikal berkenaan cara memasak nasi, cara membuat pes bawang putih dan halia atau cara mengisar bawang kisar. Kepada pengunjung baru jangan anggap blog ini cuma sekadar blog resepi tetapi  sebuah blog yang penuh dengan pengalaman memasak dan berniaga yang patut di pelajari dan boleh terus interaksi dgn penulis melalui email..




Label:

7 Respons to "NASI TOMATO"

En Mohamad,
Terima kasih diucapkan kepada saudara atas bimbingan dan resepi yang lazat.
Saya telah mmencuba nasi tomato, bergedil ayam dan ayam masak merah. Fullamak, terangkat abang i. Sedapnya.
Terima kasih. Semoga tuhan memberkati mu.

Terima Kasih..kerana sudi beri komen yang beri suntikan semangat. Terima kasih di atas doa juga..amiin.

[…] atau kacang campur. Cara masakan sila rujuk resepi nasi tomato mamak posting di blog ini yea..  https://balannambiar.wordpress.com/2010/09/22/nasi-tomato/ […]

kalau guna rice cooker boleh tak ekkk

Salam, Boleh sangat..tak ada masalah.

assalamualikum.
Sedapnya nasi tomato. Mohon izin untuk mencubanya.

Salam,
Mamak Haji Halalkan untuk mencuba..kalau tak jadi jgn give-up ..e-mail kat Mamak Haji. TQ. Wassalam.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,887,418 hits
September 2010
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930