PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI MASAKAN SUNNAH S.A.W – BUBUR TALBINAH.

Posted on: April 1, 2012


Salam, sebenarnya mamak haji hari ini ingin membuat tiga posting resepi antara-bangsa yang popular. Ia itu Resepi-resepi  Spaghetti bolognese dengan membuat kuah bolognese, Sup cendwan berkrim atau Mushroom cream soup dan cara membuat sos worcestershire. Mamak Haji berubah hati apabila membaca komen dari seorang pengunjung blog bertanya mengenai, “Bagaimana cara membuat bubur Talbinah?”. Tentang bubur Talbiah ini ada di kitab Hadis sahih Muslim  dan Bukhairi . Nabi s.a.w telah memberikan perhatian sangat serius tentang makanan kesihatan untuk orang Islam tetapi kini kita telah lupakan hadis-hadis berkenaan tentang resepi-resepi masakan sunnah tetapi lebih bertumpu mengenai sijil halal dan haram. Mamak haji rasa kita semakin hari, semakin jauh dari nilai-nilai agama Islam yang indah ini yang sepatutnya dihebahkan kepada seluruh manusia sejagat tetapi sayangnya umat Islam kini lebih bertumpu pada isu-isu yang radikal sehingga golongan yang bukan Islam “fobia” dengan Agama Islam itu sendiri. Berapa ramai di antara kita pernah menghadiahkan bubur Talbiyah kepada keluarga jiran tetangga yang menimpa musibah atau kehilangan orang kesayangan untuk meringankan kesedihan yang dialami oleh mereka. Kita lebih suka hadiahkan biskut mayat dan kopi ‘O’.

Sila baca hadis ini: Diriwayatkan daripada Aisyah isteri Nabi r.a katanya: “Apabila ada keluarganya yang meninggal dunia, para wanita berkumpul. Kemudian setelah mereka beredar kecuali keluarga dan orang-orang tertentu, beliau menyuruh untuk memasak seperiuk bubur Talbinah (bubur tepung), kemudian dibuat pula Tharid (sejenis makanan yang diperbuat dari campuran roti dan daging), lalu disiram dengan bubur Talbinah tersebut, kemudian beliau berkata: Makanlah! Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bubur Talbinah itu boleh menyegarkan hati orang yang sakit dan dapat menghilangkan sebahagian dari kesedihan.” (Diriwayatkan oleh Muslin dan Bukhairi)

Bubur Talbinah sebenarnya adalah bubur barley. Biji barley yang dimaksudkan ialah bukan biji barley mutiara yang seperti kita buat air barley tetapi biji barley yang masih belum dikisar. Masih fibernya melekat pada beras barley itu. Biasanya bubur ini diperbuat daripada biji barley yang ditepungkan dan tepung itu dimasak dengan air atau susu dan madu tetapi Ibn al-Qayim menerangkan “talbina” sebagai sup yang dicampur dengan yogurt.

RESEPI BUBUR TALBINA:

CARA-CARA:

1. Ambil 2 sudu besar tepung Barli dan masukan kedalam bekas 1 1/2 cawan air atau susu dan masak 10-15 minit. Bila buburnya masak, maniskan dengan satu sudu besar madu.

2. Boleh juga dibuat sup dengan air diganti dengan air stok ayam atau daging dengan sayur-sayuran.

Bubur Talbinah berkhasiat untuk mengubati penyakit fizikal dan Mental, terutamanya adalah untuk pengubatan penyakit jantung, darh tinggi, lemah jantung, kurangkan paras kolestrol, ganguan tidur dan juga penyakit parkinson. Resepi masakan bubur talbiah ini telah berubah mengikut peredaran masa tetapi bahan utama ialah biji Barley atau Hordeum Vulgare atau Di Indonesia digelar “jelai”. Walau pun bijirin oat juga mempunyai ciri-ciri kebaikan kesihatan  yang sama dengan barley tetapi bubur Talbinah ini mempunyai keistimewaan sendiri kerana ia adalah resepi dari Rasullulah s.a.w. Nabi Besar Kita yang tiada tolok bandingannya.

TIP-TIP UNTUK MASAK SUP BARLEY:

1. Biji barley perlu dibasuh dulu seperti cara basuh beras.

2. Perlu dibahagian 3 bahagian. Satu bahagian barley, satu bahagian lagi air dan satu bahagian lagi stok (air daging yg telah reneh) daging atau ayam.

3. Mendidihkan dengan api keras . Apabila telah mendidih perlahnkan api dan ‘reneh’ (simmering)  selama 90 minit. Selepas itu bolehlah ditambah rasa atau bahan-bahan makanan lain bersama sup anda. Seperti daging, celery, karot atau lain-lain sayuran yang anda suka.

P/S: Mamak Haji sendiri dah lama tak buat bubur Talbinah ini kerana kesukaran mendapatkan biji barley yang belum dikisar dan lebih suka membuat air barley dan bubur teruju (biji gandum). Biji barley yang belum dikisar memang banyak digunakan dalam perubatan Cina. Di Mesir atau di Jeddah mamak haji pernah jumpa “tepung Talbina” dijual kedai-kedai biasa. Ada juga yang membuat “tepung Talbina” untuk dijual dalam kotak yang mempunyai sachet didalamnya sebagai makanan perubatan di Indonesia. Tepung Talbinah punyai potensi besar dalam perniagaan makanan. Kalau ada yang ingin berniaga tepung ini, memang idea yang terbaik. Mulakan dalam bulan Ramdhan ini. Kalau ada pembaca yang minat ingin membaca kitab-kitab masakan dari dunia Islam silam sila cari kitab-kitab ini:

1.Kitab karangan Abu Muhammad al-Muzaffar Ibn Nasr Ibn Sayyar al-warraq dari Baghdad: ” Al-Kitab Al- Tabih (kitab ini mengenai hidangan kurun ke-10 dan ditulis pada tahun 1226.

2. Kitab Al- tabij fi- I- Maghrib wa- I – Andalus fi’asr al-muwahhidin – kitab masakan Andulusia.

3. Kitab wasf al-Ati’ima al – Mu’tada  – kitab masakan kurun ke-14 dan ditulis pada tahun 1373.

4. Dokumen dan catatan pengurusan Raja Akhbar dari kerajaan Empayar Moghul Islam di India yang menerangkan terperinci menu masakan dan juga harga setian bahan masakan. – Kitab Ain-I-Akhbari.

5. Manuskrip resepi “Ni’matnama” dari Sultan kerajaan Mandu ( Uttar Pradesh) Islam di India. Pada  kurun ke-15.

Nota: Dalam pada itu jangan lupa juga dengan khasiat rempah Jintan Hitam atau digelar ” Hab’aatus Sauda“. Hadis dari Bukhairi dan Muslim : ” Hendaknya kalian mengambil jintan hitam kerana jintan hitam mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit kecuali As- Saam (mati)”.

Kepada saudara yang bertanya berkenaan Bubur Talbinah, sekiranya ada kekurangan harap maafkan. Mamak haji juga perlu belajar banyak lagi. Terima Kasih banyak kerana ingatkan Mamak haji tentang syiar Islam yang maha agong ini. Wassalam.

10 Respons to "RESEPI MASAKAN SUNNAH S.A.W – BUBUR TALBINAH."

Salam Mamak Aji. Tolonglah postkan juga Resepi-resepi Spaghetti bolognese dengan membuat kuah bolognese, Sup cendwan berkrim atau Mushroom cream soup dan cara membuat sos worcestershire tu kerana saya amat memerlukannya untuk penambahbaikan. terutamanya sos worcestershire tu!
Terima kasih banyak-banyak.
nana@hasmah72@yahoo.com.

Salam…hahaha!. dah buat posting pun..resepi spaghetti Bolognese. Terima kasih nana..org tanjung kah??. Wassalam.

heheeh mak orang bayan lepas. terima kasih banyak2 mamak aji. jangan lupa worcester sos na

hebat .apa nak kata.

Salam. Terima kasih..yang hebat cuma Allah SWT..yang pandai cuma kita yang tak cerdik. Allah SWT pandai dan cerdik.hahaha!. Segala pujian bagi Allah SWT Semesta Alam..wassalam.

[…] View the original article here Posted in Resepi Masakan | Tags: langkawigamat […]

mamak dimalaysia macam, mana nak cari benda2 tu boleh beritahuya

Salam, selamat hari Raya aidil Fitri. Bubur ini di negara kita telah ditukar versi “bubur lambuk” hahaha. Cuba anda fikirkan dan dapatkan bekalan dan jadi pengedar. Di India atau di Indonesia boleh dapatkan beras barley ini..tapi di Malaysia???. Allahualam. Mamak haji tulis resepi ini di atas permintaan dan mamak haji juga dapatkan bekalan ini dari saudara yg menetap di India. Secara ikhlas mamak haji cuma buat bubur dua atau tiga kali saja.Cuba dapatkan maklumat dari Internet. Wassalam.

assalamualaikum..ayah saya mengidap penyakit jantung..saya membaca blog mamak aji. boleh saya tahu, mane nak dapatkan biji barli untuk dibuat bubur nih..dalam penulisan mamak aji, berkata bkan biji barli yang biasa buat air barli tu, tapi biji barli yng msih belum dikisar,,mane nak cri yer..mohon jasa baik mamak aji untuk shara

Saya pun dah lama makan thalbinah …mmg bagus

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,888,119 hits
April 2012
I S R K J S A
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30