PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI INDONESIA 2: RESEPI AYAM PENYET.

Posted on: Mei 14, 2012


Untuk Jualan di kantin elok sambalnya disertakan, sambal sekiranya diasingkan sukar untuk mengawal, ada yang ambil cuma sambal saja.

Salam, Dalam siri masakan menu kantin: siri2  ini, mamak haji pertengahkan resepi Indonesia yang terbaik, Resepi Ayam Masak Penyek. Kepopularitian masakan Indonesia biasanya banyak bergantung kepada Wilayah-Wilayah sangat terbentang luas. Dalam masakan Menu kantin, pengusaha kantin perlu ketahui asal-usul Wilayah Tenaga Kerja Indonesia. Resepi Indonesia kebanyakannya adalah asli yang punyai keharuman hidangan yang sangat istimewa tanpa saduran masakan barat atau India. Anda jangan terkejut pula kalau ke Medan terjumpa “Roti Canai” yang amat popular dikalangan rakyat Indonesia berketurunan India di Medan. Begitu juga masakan Cina amat popular dikalangan warga Indonesia berketurunan Cina. Mamak haji amat meminati masakan Indonesia kerana rasa keaslian dalam menggunakan rempah dan juga cara masakan yang unik. Suri rumah juga boleh juga mencuba resepi ini. Maka mamak haji telah kecilkan kuantiti masakan ini khas untuk anda semua.

RESEPI AYAM PENYEK:

hidangan : 6 orang.

Jangan terkejut dengan resepi ini dengan perkataan “penyek” atau dalam bahasa kita, “Lenyek”. Ayam ini tak dilenyek atau dipenyek…hahaha!. Cuma namanya saja. Sebenarnya ayam ini lebih sesuai dibakar (grill) dalam ketuhar (oven) bersuhu tinggi 250 darjah celsius. Bagi mudah ia boleh juga digoreng di kuali leper tidak lekat (non-stickable pan) dengan kurangkan minyak atau lagi mudah boleh digoreng saja seperti ayam goreng biasa dengan menggunakan tepung beras. Masakan Ayam Penyek juga boleh digunakan dalam menu Nasi Ayam sekiranya ingin diperagamkan resepi Nasi Ayam. Nasi dan sup seperti biasa tetapi sos cili kita ubah menjadi sambal ayam penyet yang sangat lazat. Mamak Haji masukkan sekali resepi sambal ayam penyet ini untuk penggemar Nasi ayam. Kepada peniaga-peniaga nasi ayam boleh tambahkan resepi ini sebagai menu tambahan Dalam Jualan Nasi Ayam Hainan yang tersedia ada.

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ketul daging ayam. Gunakan sebelah atas peha ayam atau isi yang tebal.  Kalau masak dan makan di rumah elok beli peha ayam penuh dan dibuang tulang seperti chicken chop. Bagi berniaga takat nak jual berharga dua atau tiga ringgit seketul, biarkan tulangnya. Ia nampak besar sedikit.
  • 3 sudu besar (tbsp) santan pekat.
  • 2 batang serai diketuk memanjang supaya masa gorengan ia akan terurai dan cantik dalam hidangan.
  • 2 helai daun salam atau bay leaf tempatan. Boleh dapati di pasar malam atau pasar tani. Daun yang terlebih, keringkan dan simpan. Boleh digunakan untuk masakan akan datang. Daun Salam dalam masakan akan mewangi lauk kepada rasa kemanisan.
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar. serbuk ketumbar atau biji rempah boleh dibeli dikedai mamak, seringgit sudah perolehi banyak. Goreng kering dikuali sehingga keharumannya naik. biarkan dia sejuk dan kisar dalam pengisar kering (kecil) dan simpan serbuknya didalam bekas kedap udara. Kalau kita ada hobi masak, perlu ada serbuk-serbuk rempah yang buat sendiri seperti jintan manis, jintan putih, lada hitam, lada putih. Kalau disimpan dalam  bekas kedap udara boleh digunakan berbulan-bulan lamanya. Rempah-rempah ini adalah asli dan sangat wangi dalam masakan dari berbedza dengan serbuk rempah yang dibeli dalam bungkusan yang biasanya dicampur dengan tepung beras dan rempah yang sangat berkualiti rendah (dasar perniagaan kaut untung). Serbuk rempah yang dibeli itu biasanya perlu digoreng semasa masakan atau pun perlu masukan dalam minyak panas semasa tumis,  ini akan menyebabkan rempah ini mudah  hangus dan berasa pahit. Untuk elakan ini, sediakan rempah yang telah digoreng kering dan kisar dan masukkan terus dalam masakan masakan.
  • 1 sudu kecil (tsp) jintan putih. Ramai salah faham kenali jintan putih dan jintan manis. Jintan putih dalam bahasa Inggeris digelar “cummin seed”. Jintan Putih digelar “Fennel seed”. Gelaran jintan putih disebabkan ada “Jintan Hitam” atau disabdakan Nabi s.a.w ” ibu bagi segala ubat”, “Habastussauda”. Jintan Putih berbentuk halus dan Jintan manis gemok dan pendek. Jangan silap.
  • 1 sudu besar gula merah. Gula pasir jangan digunakan dalam gorengan ia akan jadi Karbon bila digoereng menjadi hitam disebabkan bahan kimia dalam proses menjadikan gula pasir.

BAHAN UNTUK PERENCAH (KISAR ATAU TUMBUK).

  • 5 ulas bawang putih  telah dikopek kulit.
  • 2 cili merah.
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas saiz ibu jari dihiris.
  • 1 inci halia dihiris.
  • 3 biji buah keras dihancurkan.

Nota: Anda perhatikan bahan-bahan yang digunakan kebiasaannya untuk membakar ayam dalam oven gunakan minyak masak dalam perencah tetapi resepi Indonesia ini gunakan buah keras atau buah kemiri. Buah kemiri punyai kandungan minyak yang sangat harum. Dengan sebab inilah mamak haji terpikat dengan resepi-resepi Indonesia yang asli.

CARA-CARA MEMASAK:

1. masukkan semua bahan-bahan di atas  ia itu jintan putih, serbuk ketumbar yang telah disediakan, garam, santan, serai, gula merah bersama ketulan ayam peramkan sekurang-kurangnya 30 minit atau sebaiknya semalaman.

2. Sekiranya ingin gorengkan atau seperti grill di kuali pan, masukan minyak masak 1/4 dari paras ketulan ayam dengan api perlahan. Koyak-Koyakan daun salam dan taburkan diatas ketulan ayam. Hasil Grill yang baik ialah masa meletakan ketulan ayam itu menghadapakan permukaan tulang ayam permukaan bawah dan isinya Kulit) ke atas. Kuali perlu ditutup untuk wap memasak ketulan ayam. Bila agak masak, terbalikan ketulan ayam. Permukaan ayam yang  isinya berkulit itu perlu hangus kehitaman sedikit.  Permukaan ini hanya perlu masak sekali saja supaya kulit tidak melekat pada permukaan kuali dan tertanggal. Sekiranya anda rasa lambat cara ini , apabila kulit dan isi ayam mula bertukar keperangan, keluarkan ketulan ayam dari kuali dan masukkan dalam ketuhar (oven) yang telah dipanaskan 250 darjah celsius selama 10 – 15 minit.

3. Ayam penyet anda telah siap hidangkan bersama sambalnya.

RESEPI SAMBAL AYAM PENYEK:

BAHAN-BAHAN:

  • 15 biji cili masak dibuang bijinya (300gm).
  • 10 bji cili padi. Kalau nak pedas tambah saja.
  • 10 biji bawang merah atau 3 bijji bawang labu, dihiris.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 3 biji tomoto bersais besar dibelah enam.
  • 1 inci belacan.
  • 1 gengam ikan bilis.
  • 3 sudu besar (tbsp) gula merah atau gula melaka.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak masak untuk goreng ikan bilis.

CARA-CARA MEMBUAT:

1. Panasakan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan. Dalam minyak yang sama goreng Belacan dan asingkan.

2. Masukkan Cili merah dan cili padi sehingga layu. Bila cili mula layu, masukkan hirisan bawang, hirisan bawang putih. Goreng sehinnga layu.

3. masukkan tomato dan goreng sehingga layu.

4. Angkat semua bahan-bahan goreng tadi, biarkan  sejuk dan mula kisarkan semua bahan-bahan tadi dengan separuh halus.

5. keluarkan kisaran tadi dan masukan dalam kuali dan panaskan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Jangan terlalu masak. sekali mendidih sudah memadai. Sambal anda sudah siap.

Selamat mencuba resepi ini. wassalam.

8 Respons to "RESEPI INDONESIA 2: RESEPI AYAM PENYET."

Assalamualaikum Mamak Haji. Saya sangat2 berharap kalau mamak haji boleh bagi resepi untuk ayam masak ros penang.. saya pernah makan di restoren hameediyah dulu.. pernah cuba resepi di internet tapi tak pernah dapat yg hampir rasanya dgn di penang. Terima kasih.

Mualaikum salam, Ayam masak Ros dengan Ayam masak merah cuma bezanya ialah Ayam Masak “ROS” gunakan Cili segar dan Carrot (memekatkan kuah). Cili segar memantapkan warna lauk.Ayam masak merah gunakan serbuk cili untuk mendapatkan warnanya agak kemerahan.Kebanyakan lauk mamak penang ini kalau ori kena guna buah badam.Rendam buah badam, buang kulit dan kisar halus. Ini yang kesedapan yang berbeza. Lagi pun ayam masak ros telah hilang bila harga cili hidup 1 kg mencecah RM12/=. buah badam harganya sampai sekilo RM40/= dan lauk sekarang tak ori seperti dulu.Banyak rempah yang berkualiti tinggi seperti kayu manis, buah pelaga, cengkih,dll,dari Sri Lanka atau India tidak lagi terdapat dalam kedai biasa. Perbedzaan kualiti rempah boleh buktikan seperti lepas makan tangan kita masih berwangi harum rempah sama mcm sambal belacan hahaha!. Kalau nak rempah berkauliti tinggi kena beli di Pulau Pinang ada dua atau tiga kedai rempah masih kekalkan kualiti rempah. Tapi awas kena tanya sebelum beli kalau tidak mamak kedai rempah kelentong ke lain.Nanti mamak haji cuba buat resepi ayam masak ros dalam kuantiti kecil dan cuba posting kat blog.Terima kasih singgah diblog dan beri komen.Mamak Haji terkejut juga masih ingat lagi Restoran Hameediyah…hahaha!. Ingatkan org dah lupa dah ayam masak Ros ini…ditelan zaman. Wassalam.

Terima Kasih Mamak Haji, saya akan tunggu post Mamak Haji. Haha.. kesedapan masakan di penang mmg tak boleh lupa, di kl masakan mamaknya kurang kick.

as salam … saya suke dengan semua info dan menu2 dari mamak haji … terima kasih atas perkongsian ilmu ini … saya mohon izin untuk saya sharekan di laman fb saya … sekian terima kasih ..

Salam,
Ambil sajalah apa chek minat dalam blog mamak haji. Semoga ia membantu saudara-saudari kita yang lain.Wasalam.

salam mamak , saya berminat nak tahu macam mana sediakan menu resepi lauk-lauk katering yang biasa di utara dan cara masakannya. Sebelum ini saya dah cuba resepi ayam berempah mamak bagi untuk dibuat dalam menu katering saya dan memang sangat sedap! Harap ada lagi menu lauk katering dan nasi katering yang mamak boleh kongsikan lagi. Saya dari kedah. Wassalam

Salam, Insyallah dalam bulan ramadhan ini mamak haji cuba sediakan resepi-resepi istimewa untuk pengusaha katering. Doakan mamak haji untuk sihat. Insyallah mamak akan postingkan menu yg saudara minta itu. Wassalam.

salam..mamak haji..24/3 ni saya nak masak utk 150 org makan..kenduri aruah..menu saya kari daging, sambal ayam,telur masin,nasi minyak…saya tak ada idea apa yg sesuai sebgai sayur…harap mamak haji dpt memberi sedikit panduan pd saya sama ada menu saya tu sesuai atau tidak..terimakasih harap dpt jawapan dr mamak haji

Tinggalkan Jawapan kepada Mohammad Roslan Batal balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,883,252 hits
Mei 2012
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031