PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI KATERING: NASI TOMATO MAMAK PENANG.

Posted on: April 1, 2011


Resepi Nasi Tomato Mamak Penang ini lain sedikit dari nasi tomato yang biasa dihidangkan di negeri-negeri lain. Cara masakan nasi tomato ini dimasak mengikut ‘ala masakan nasi kandar. Kosnya lebih sedikit dari nasi tomato biasa tapi insyallah lazat. Dengan itu jangan terkejut pulak dengan resepi yang Mamak perturunkan di sini. Walau pun resepi nasi tomato ini Mamak telah buat posting di blog ini, tetapi ramai pengunjung blog ini mohon resepi  masak nasi tomato ini khas untuk katering mereka. Dengan itu Resepi kali ini khas untuk katerer. Pengunjung yang ingin masak untuk keluarga, boleh rujuk posting yang lama. http://balannambiar.wordpress.com/2010/09/22/nasi-tomato/
OK masak untuk 1,000 (seribu) orang,  periok yang perlu digunakan ialah periok 6 (enam) gantang. untuk makluman orang muda yang pening tentang gantang, cupak dan kati ini, sedikit penerangan sukatan terun-temurun masyarakat kita  yang telah digunakan:
  • 1 Gantang sama dgn 6 kati.
  • 1 kati bersamaan dgn 600gm.
  • maka 1 gantang sama dengan (6X600) 3.6Kg.
  • sekiranya 6 gantang bermakna 21.6Kg.
* maka ambil mudah>> periok bersaiz  6 gantang, boleh digunakan untuk masak 20Kg beras. boleh menggunakan 2 pkt beras yg beratnya 10kg.
Dari pengalaman masak mamak, 1 kg. beras biasa boleh dihidang untuk 12 orang, tetapi sekiranya gunakan berasmathi cuma untuk 10 orang saja. Maka 20kg X 10 (orang) = 200 orang (untuk baru masak anggarkan kerak nasi 5% + 5% tambahan). Sekiranya untuk 1,000 orang, anda perlu masak 100kg. beras. Ini bermakna anda perlukan 10 paket beras beratnya 10kg sepaket. Maka untuk 1,000 (seribu) orang, anda kena masak 5 kali sekiranya gunakan periok 6 gantang. Jumlah periok akan jimatkan masa. Anggaran masa untuk masak ialah 45minit seperiok. Dapur gas dapur yang punyai enam mata..maknanya api perlu serata pada periok yang masak. Awas kawalan guna api dapur..jangan sampai hangit.
Resepi nasi Tomato biasanya gunakan beras hancur 5%. Beras ini elok sedikit dari 10% atau beras subsidi 15%. Jangan gunakan beras subsidi ini bukan kerana salah tetapi beras ini tidak sesuai langsung untuk masak nasi apa jenis pun. Beras Berasmathi pula terlalu mahal kosnya dan nasi tomato perlu nasi kembang sedikit untuk menyerap rasa tomatonya yang sedap. Berasmathi bila masak ia tak kembang dan lebih sesuai untuk masakan nasi minyak atau nasi beriani.
RESEPI UNTUK MASAK DALAM PERIOK BESAR 6 GANTANG ATAU UNTUK 200 ORANG:
BAHAN-BAHAN:
  • 20 kg. Beras biasa 5% hancur.
  • 3 biji bawang besar labu dihiris.
  • 1/2 kg bawang besar dikisar dgn air – hasilnya lebih kurang 5 mangkok.
  • Bawang putih 3 butir + Halia 4 inci (kisar lebih kurang 1 mangkok).
  • 1 tin Tomato Puri.
  • 3 tinTomato Kimball Soup.
  • Susu cair 6 tin.
  • Gula pasir 1 mangkok.
  • Rempah ratus, kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga agak dlm RM1/= Jgn lebih nanti terlalu tengit baunya.
  • 500gn minyak sapi/ Ghee. (Kalau anda rasa bau minyak sapi tak menyenangkan gunakan minyak masak 60-40).
  • Garam enam cekak.
  • Boleh tambah buah badam dan gajus dibuang kulit, direndam dan kisar halus kalau nak sedap lagi. (tidak kemestian)
  • Bawang goreng dan daun pudina untuk tabur di atas nasi setelah masak. kalu tak kenan bau pudina gunakan saja kacang peas hijau atau kacang campur.
Cara masakan sila rujuk resepi nasi tomato mamak posting di blog ini yea..  http://balannambiar.wordpress.com/2010/09/22/nasi-tomato/
Wassalam.
About these ads

16 Respons to "RESEPI KATERING: NASI TOMATO MAMAK PENANG."

nasi tomato,nasi kandar ..makan kenyang sampai tersandag hehehe…mesti sedap..,ada x resepi nasi briyani..??saya ni suka mencuba…insyaallah

Salam, Saudari Anisah Anis Terima Kasih..Mamak pernah posting resepi nasi beriani dan kalau payah nak dapatkan rempah beriani…Mamak Haji ada juga postingkan resepi Rempah Beriani ‘classic Mami’ diblog ini. Wassalam.

Saya orang Penang jugak, tapi telah menetap di Kuala Lumpur. Di KL memang payah nak dapat masakan yang sedap-sedap macam kat Penang. Al maklumlah orang Penang, soal rasa tak boleh challenge Penang mari. Bonda saya kerap masak nasi tomato ni bila saya balik raya. Tapi hari raya haji ni tak balik, terpaksalah masak sendiri. Saya ikut resepi yang mamak bagi. Memang sedap sangat-sangat. Anak-anak saya pun kata sedap. Terima kasih.

Salam dan terima kasih Cheq Nooraishah,
Lain kali kalau singgah Tanjung beli rempah dari Penang street..mutu rempah yang baik akan dapat hasilkan masakan yang baik. Wassalam.

Assalamualaikum…
Dr pg2 dok cr resepi nasi beriani mamak hj… tp xjumpa la kt mn..

Salam.. Biar pun saya belum pernah mencuba..
Tapi saya nak ucapkan jutaan terima kasih
Kerana Tuan Haji tidak lokek ilmu..
Semoga ilmu yang tuan haji berikan akan tuan haji dapat ganjaranmya nanti Insyaallah..
Salam Sejahtera buat buat tuan haji sekeluarga

Dari Spura : Hayati

Salam Tuan Haji..
saya nak minta sedikit nasihat.. anak saya nak bertunang bln feb akan dtg. saya nak masak sendiri kerana cuma lebih kurang 200 org saja jmptn.. mcm cara kita nak kira bahan2 yg nak dimasak.. seperti sambal goreng.. berapa byk tahu tempeh nya..
Terima kasih!

Dari Spura : Hayati

Assalamualaikum……..
Saya Ingin Membantu Jiran Saya Masak Nasi Beriayani sebanyak 2000 orang makan dan juga Daging Beriyani….Boleh Tak Tuan Haji Kongsikan Sedikit Resepi dan Cara2 menyediakan…kerana saya kurang pengalaman dalam masakan yang jumlahnye banyak sebegini…harap Tuan Haji dapat Membantu..WALLAHU’ALAM…. =)

Salam,
hahaha!, 2,000 orang makan sudah kira katering besar-besaran…perlu ada cef yg berpengalaman. Mamak Haji minta maaf kerana perlukan pengalaman untuk jalankan masakan seperti itu. Takat beri resepi ia tak menjadi.Mintak maaf banyak yea!.Wassalam.

Salam,
hahaha!, 2,000 orang makan sudah kira katering besar-besaran…perlu ada cef yg berpengalaman. Mamak Haji minta maaf kerana perlukan pengalaman untuk jalankan masakan seperti itu. Takat beri resepi ia tak menjadi.Mintak maaf banyak yea!.Wassalam.

SALAM…..
Maaf kami punya Restoran Sendiri hampir 20 tahun…
akan tetapi kami tidak mengambil khidmat kattering…
cuma kali ini Jiran betol2 minta tolong masak…sebb itu saye perlukan bantuan MAMAK HAJI,kalau pengalaman memasak dan merasa InsyaALLAH,sekarang ini kami perlukan bantuan sukatan dan cara2 mengikut pengalaman MAMAK HAJI yang telah banyak mengendalikan masakan sebegini.INSYALLAH dengan pengalaman saye yang sedikit ini…saya boleh mengikut sepenuhnya segala tunjuk ajar MAMAK HAJI dalam menyediakan NASI dan DAGING BERIYANI…..kami amat memerlukan sukatan,cara2 dan bahan2…HARAP MAMAK HAJI dapat membantu….

Salam, Mamak haji faham. Ok nak masak 2000 org beras basmathi yang diperlukan ialah dlm anggaran 1 kg = 10 orang. Maknanya anda perlukan beras sejumlah 200kg.Masak nasi mengikut Mamak Haji perlu guna periok yg memuatkan 12 gantang atau sekali masak 30kg -40kg. Tapi yg selamat ialah 30 kg kerana 40 kg kemungkinan luas periok terlalu sendat dan ditakuti nasi mentah. Mak sekiranya guna 30kg masak sekali and perlukan sekurang-kurangnya 2 periok besar 12 gantang. Maka anda perlu masak..
2 periok X 30kg = 60kg
2 periok x 30kg = 60kg
1 periok x 30kg = 60kg
1 periok X 20kg = 20kg
—–
Jumlah 200Kg.

Maka jumlah masakam nasi adalah 3 kali dengan 2 biji periok besar bersaiz 12gantang.Maka perencah nasi beriani yang diperlukan ialah setiap kali 30 kg dan akhir dengan 20kg. Maka resepi yang diperlukan untuk nasi beriani ialah untuk 300 orang.

Ok untuk masak resepi ayam masak beriani. Anda boleh beli ayam ketul sebanyak 2000 ketul atau pun seekor ayam yang berat 1.5kg hingga 1.7kg dan dipotong 10 bahagian ayam atau sekirnya berat ayam melebihi 1.7 ke 2.0kg potong dua belas bahagian ayam. Masak ayam mengikut kapasiti belanga digunakan. Kalau belanga anda cuma mampu hanya 500 ketul ayam maka masaklah resepi untuk 500 ketul ayam sebanyak 4 kali atau anda boleh gunakan dua kuali dengan cuma dua kali masak. Maka resepinya ialah 500 ketul ayam. Mamak haji cuba dapatkan resepi untuk saudara sekiranya saudara masih ada kemusykilan sila e-mail : mohd.roslan99@gmail.com. Sekian.Terima kasih. Wassalam.

salam…

semalam saya ke restoren nasi kandar dan diperkenalkan dengan Nasi Dalca…sedap…. mamak ada resipi nya??

Salam CK,
Sebenarnya nasi dalca itu adalah sama seperti nasi minyak. Sebutan Dalca itu maksudnya boleh dimakan dengan lauk pelbagai, ia bukan seperti nasi beriani atau tomato. Dalca bermakna pelbagai dlm sebutan harian mamak penang. Nasi dalca ini memang baguih kalau pekena dgn Dalca sayuran.Masak nasi dalca ini sama seperti masak nasi yang berwangi yg lain. Cuma jgn gunakan Planta untuk masak nasi ini, gunakan minyak sapi yg bermutu dan yang asli. Minyak sapi yg murah itu diperbuat dgn minyak kelapa sawit. Minyak sapi asli berasal dari susu lembu yg segar.Untuk makluman mamak haji memang nak tulis resepi ini untuk bulan ramadhan.Wassalam.

salam
saya student yg belajar di korea nk promot blog sy hehe
http://www.koreamuslimtour.wordpress.com
nk mintak maklong tlg promo dkt kawan2 msia…
nt kalau maklong nak dtg rojer je saye ^_^
terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,527,384 hits
April 2011
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 449 other followers

%d bloggers like this: