PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

AYAM GORENG REMPAH MAMAK PENANG

Posted on: Ogos 21, 2009


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AYAM GORENG BEREMPAH MAMAK PENANG.

Bahan-Bahan:

Seekor Ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10 (potongan Nasi Kandar).

  • 4 Sudu besar Tepung Ubi Kayu.
  • 2 Sudu besar Tepung beras.
  • 1 Sudu besar Tepung jagung.
  • 1 Sudu kecil serbuk lada putih.
  • 1 Sudu kecil Serbuk kunyit.
  • 2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
  • 1 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
  • 3 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2″ (inci).
  • 3 Tangkai daun kari dipotong halus.
  • 1 Kg.  Minyak untuk goreng.
  • Garam Secukup untuk dirasa.

Cara penyediaan:

1. Besrsihkan Ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuain untuk keringkan air basuhan ayam. Masukan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam didalam bekas. Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang baik untuk membunuh bakteria yang terdapat didaging ayam .Masukkan serbuk kari, kisaran bawang+bawang putih+ dan halia. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut “plastic wraper” dan Peramkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini masuk kedalam isi ayam.

2. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, T.beras dan T.jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari dari ketulan ayam..terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.

3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan ayam perlu lemas dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan goringan. suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.

4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak dan sedikit. Ap dapur perlulah sentia diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus. pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.Goringan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapong.

5. Goreng ayam perlu tidak lama dan tidak masak. Kalu terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam. Maka awaslah!. Pengalaman akan menentukan kelazatan masakan. Jangan cepat putus asa apabila mencuba resepi baru…Cuba dan mencuba….pasti anda akan berjaya dan mahir dalam masakan. Sebarang masalah emailkan: mohd.roslan99@gmail.com.

* Nota: Baca post-post mamak yang sebelum ini berkenaan bagaimana menyediakan kisaran yang baik.

8 Respons to "AYAM GORENG REMPAH MAMAK PENANG"

aikk cili kering mane ? tertinggal yer bang :) ..cili kering tu yg rebus punya boleh x?

salam, hahaha…dah tua memang kalut sikit..sebuk cili atau cili kisar boleh digunakan..ikut kepedasan sendiri ..mamak haji rasa takat satu sudu besar itu ok. jangan terlalu banyak nanti hasil gorengan ayam goreng tukar warna hitam manis mcm mamak haji nanti hahaha!. terima kasih kerana perbetulkan mamak haji. Wassalam.

Nk tnye bile nk masukkn serbuk cili@lada kisar tu?

Resepi ni ditulis pada 2009. Ada penambahbaikanke?

Mamak haji punya resipi kadang-kala berubah untuk membaik pulih lagi…ayam goreng ini setiap hari mamak haji goreng..kadang ingin yang lebih baik mamak haji ubah resipinya..biasanya ia berlaku di Face Book dan mamak haji perbetulkan diblog kembali..

Saya sudah cuba..ayam 1.5 kg potong 12, semuanya lebih kurang 8 ekor. Saya panaskan 3 kg minyak dalam periuk yang dalam tapi saya tidak menggunakan termometer (sebab terlupa beli). Kepanasan saya agak2 seperti saya biasanya menggoreng dan menggunakan petanda gelembung2 halus di sekeliling sudip garpu kayu..Saya goreng selama 10 minit untuk bahagian dada (isi juicy dan luar tidak gelap). Bahagian lain pula 15 minit-20 minit, dalamnya juicy tetapi luar sudah ‘gelap’. Macam peha ayam sangat cepat gelap. Dalam gambar kelihatan hitam. Api tidaklah besar, sebab saya sederhanakan setelah saya masukkan 10 ketul ayam (tidaklah ‘crowded’ dalam periuk). Untuk pengetahuan mamak haji, bahagian luar yang gelap itu tidaklah pahit. Hanya saya hendak beritahu yang saya ada tambah madu tetapi ayam tiadalah pulak rasa manis. Macam mana nak cantikkan gorengan ayam?

mamak haji rasa “caramelization” telah menyebabkan bahagian luar ayam itu menjadi kehitaman..madu walau pun ramai kata tidak sama dgn gula pasir..tetapi madu punyai lebih fructose dari gula pasir biasa. Gula pasir mempunyai glucose dan fructose yg lebih rendah. Fructos lebih cepat caramelize dari glukos…maka madu itu yg menyebabkan caramalize. Ayam Goreng KFC ia juicy kerana ia digoreng dgn “presuure cooker” yg khas..jadi anda boleh cuba dptkan juicy chicken tetapi perlu buat telitian mengenai haba dan tekanan…

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,883,713 hits
Ogos 2009
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31