PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

STRATEGI PEMASARAN KATERING: BAHAGIAN 2.

Posted on: Oktober 12, 2012


Salam, izinkan mamak haji membebel sedikit lagi tentang strategi pemasaran dalam bahagian dua ini.  Semalam mamak haji ke Kepala Batas untuk mengunjungi saudara mami yang lama telah mengundang mamak haji ke kedai Nasi kandar yang baru dibukanya selepas Hari Raya. Isterinya adalah adik ipar bongsu mamak haji yang comel loteh. Suaminya orang melayu dan bekas perajurit yang sangat bersemangat ingin kekalkan tradisi keluarga isteri dalam masakan Nasi kandar. Adik Ipar bongsu mamak haji adalah seorang tukang masak hebat dari bentuk badan anda boleh kenali kehebatan masakan. Dia pernah berkerja dengan mamak haji, 4 kg bee hon boleh digoreng sekali. Goreng bee hoon goreng bukan mudah. Selepas kahwin dia terpaksa jadi suri rumah sepenuh masa. Entah kenapa suami dia mula minat dengan membuka kedai Nasi kandar. Mamak haji memang sayangkan bakat dia dan pernah beri galakan. Masalah kewangan katanya. Mamak haji bantu juga kewangan untuk dia dan suaminya membuka perniagaan. Tapi nak pergi jengok perniagaan orang adalah paling mamak haji tak suka. Mami tersayang sampai merajuk dengan mamak haji kerana tak sudi kedai nasi kandar yang baru buka adiknya itu. Mamak Haji bukan tak sudi, kadang-kala mulut mamak haji ini tak boleh zip bila dengar celoteh-celoteh mengenai perniagaan ini. Ada yang nanti masam muka kerana pendapat mamak haji dan pandangan mereka tidak sama. Satu lagi, mamak haji benci dengar dari pengusaha makanan baru  ini ialah, “Mamak haji tak apalah sekarang sudah kaya, senang cakaplah, kita baru niaga, mana boleh sama mamak haji”.  Dia baru nak niaga tapi dia ingat senang nak berjaya. Dia belum pernah lalui perjalanan mamak haji dalam perniagaan, seperti usman awang kata, “Ranjau Sepanjang jalan penuh dengan onak dan duri”.  Satu lagi mamak haji tak suka dengar ialah, bila kita bertanya, ” Macam mana berniaga? OK kah”. Tahu apa jawapan dari pengusaha baru ini, “semua dalam Allah punya tangan, ada rezeki adalah, kita apa boleh bikin?”. Betul jawapannya, semuanya dengan kuasa Allah, tapi Allah juga beri kita akal untuk berfikir. Apa yang pengusaha jenis ini, beritahu ialah tentang takdir yang telah disuratkan. Tapi dia lupa ada perkara yang kita kena buat dan ada perkara sukar untuk diubah. Mamak Haji sudah pun huraikan tentang ini dengan panjang lebar diposting . Sila link ini : https://balannambiar.wordpress.com/2012/08/27/pengertian-rezeki-dunia-dan-akhirat/ anda akan faham pendapat mamak haji tentang rezeki ini, peniaga-peniaga kecil terutama peniaga golongan orang Islam ramai keliru tentang rezeki dalam perniagaan dan apa yang maksudkan dengan rezeki itu. Tentang rezeki ini sebenarnya Allah terangkan dalam surah yang amat dikenali sebagai 1000 dinar. Mamak haji telah terangkan maksud ini disalah sebuah posting disini. Maka sebab -sebab seperti inilah mamak haji jarang sekali ke pembukaan kedai atau restoren baru oleh sanak-saudara atau pun anak-anak mamak haji sekali. Tapi kali ini mamak haji terpaksa kerana sayangkan mami yang hidung mancung macam pelancung. Maka mamak haji terpaksa gunakan file zip seperti dicadangkan oleh sahabat mamak haji, seorang juru jual hartanah atau orang lebih suka gelar.”real estate salesman” atau dalam bahasa pasar kita, “broker” beri nasihat tentang cara bercakap dengan pelangan untuk tujuan jualan (atau beli orang yang dengar cakap kita, lepas itu kita jual produk kita). Sebelum kita cakap dengan orang lain, perlu cakap pada diri kita sendiri dulu. Bagaimana nak lakukan ini, anda pernah dengar siaran terus menerus dari pendengar radio dan juru hebah radio membebel melalui telepon?. Sebenarnya siaran radio yang kita dengar  itu selalu dilambatkan 7 saat sebelum di pancarkan untuk pendengar. Sekiranya dialog pendengar radio itu tidak kehendaki oleh penerbit rancangan itu, dengan serta merta penerbit rancangan itu boleh buang tanpa disedari oleh pendengar lain. Ia seperti censor (tapis) apa yang kita akan cakap pada pelangan. Begitu jugalah apabila kita ingin cakap sesuatu kepada orang lain, dengar dulu apa yang kita ingin cakap itu. Sekiranya tidak akan disukai oleh pendengar kita, dengan serta merta kita boleh berhentikan perbualan kita dan tukar tajuk lain. Dalam pemasaran produk katering ia sangat penting bila berbual tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh kita. Ini seperti orang kata, berfikir sebelum cakap. Tapi mamak haji tukarkan, “cakap dengan diri sebelum cakap dengan orang lain”.Sekiranya kita senang dengar, maka senang jugalah orang lain dengar.

Satu lagi mamak haji ingin terangkan di sini ialah tentang ciri-ciri kebudayaan golongan peniaga atau tradisi mamak yang sangat baik, bila menerima jemputan berkunjung untuk majlis buka kedai atau perniagaan baru oeh kalangan masyarakat peniaga mamak ini. Pembukaan perniagaan baru ini sama seperti orang Melayu, baca yassin dan tahlil, doa selamat dan makan. Tetapi bezanya majlis pembukaan kedai orang Melayu, makan free. Kebanyakan yang hadir ke majlis pembukaan kedai orang Melayu adalah saudara mara dan rakan atau ketua kampung dan ajk mesjid atau JKK atau parti politik. Apa kena mengena politik dengan berniaga?. Kecuali kita tak ada lesen berniaga perlu juga jemput orang kuat majlis perbandaran. Anehnya jemputan itu bukan bakal pelangan kita. Jadi apa untungnya jemput mereka ini. Lebih baik panggil penduduk setempat berniaga , layan mereka. sekurang-kurangnya kita akan dapat pelangan. Ini mamak haji tak faham jemput saudara mara dari KL, Kelantan tapi bukak kedai kat Permatang Pauh, Pulau Pinang. Mamak pun dah ramai ikut trend peniaga Melayu sekarang dalam Melayusasikan diri mereka. Cara mamak dahulu selepas doa selamat, perniagaan akan bermula terus pada saat itu. Tetamu secara otomatik bertukar menjadi pelangan biasa. Tiada makanan percuma, kena bayar seperti perniagaan biasa, tapi satu keistimewaan ialah,”Bill tak ada”. Sukarela membayar. Membayar bermakna hulurkan bantuan kewangan termampu untuk peniaga yang baru buka perniagaan atau tuan kedai. Kadang-kala bantuan seperti ini mencecah kepada ribuan ringgit pada hari pertama berniaga. Wang sumbangan tunai ini adalah untuk meringankan sedikit peniaga baru yang baru mulakan perniagaan yang kesukaran dalam “aliran tunai”. Maka lain kali, anda mengunjungi kedai makan baru dibuka oleh kawan anda, jangan cuma bayar apa yang anda makan. Kalau mampu hulurkan sedikit wang tambahan dari apa yang dibillkan.  Sumbangan sedikit ini sebagai sokongan anda kepada perniagaan sahabat anda. Jangan lah harap makan percuma saja, ia bukan tanda persahabatan tapi itu nak linkup perniagaan kawan. Mamak haji harap peniaga Melayu cuba bawa ciri-ciri ini dalam perniagaan makanan seperti kedai makan atau restoren bila baru dibuka. Insyallah ia adalah tanda siratul-rahim diantara orang-orang mukmin yang sama-sama bantu-membantu dalam perniagaan secara ikhlas.

PEMASARAN DALAM PERNIAGAAN KATERING BUKAN SUKAR SEPERTI ANDA SANGKAKAN:

1. SENTIASA BERSEMANGAT TINGGI.

Pemasaran katering yang anda perlu lakukan adalah 24 jam sehari. Anda tidak tahu bila atau dari mana dan di mana pelangan anda akan bertemu anda. sebagai pengusaha katering kecilan anda tidak punyai temu janji atau pun jadual kerja cuma 8 jam sehari. Anda perlu berwaspada 24 jam sehari. Bila anda dapat peluang atau sedikit ruang temu bakal pelangan, anda perlu kejar. Anda perlu sentiasa bersemangat dan sedia untuk berjuang di mana juga pertempuran berlaku. Sekiranya anda cukup semangat dan punyai keyakinan diri, tentu sekali Bakal pelangan anda juga bersemangat untuk menghubungi anda, bila mana memerlukan perkhidmatan katering anda. Setiap kali berdepan dengan bakal pelangan walau pun  di mana, bila masa pun anda perlu menonjolkan diri anda berkeyakinan penuh,berprofilisma dan orang yang sentiasa membanggakan diri apa yang anda buat. Jangan luntur semangat.

2. JANGAN SELALU SANGAT BERI ALASAN.

Orang yang suka beri alasan adalah orang yang sukar untuk berjaya dalam perniagaan atau pun dalam kehidupan. Pernah seorang pelangan katering mamak haji, isteri kepada orang pegawai kerajaan yang berjawatan tinggi sangat marah dengan perkhidmatan katering yang diberikan oleh mamak haji. Ini disebabkan mamak haji sangka ambil order lepas itu ditawarkan kat katerer lain kerja yang sangat mudah. Allah nak tunjukan kepada mamak haji, katerer yang mamak haji sub kerja itu, tak hantar pesanan makanan masakan menu ‘ala barat yang mamak haji tak ada keyakinan buat sendiri. Mem Mat salleh bila tanya keddudukan hal ini, mamak haji beritahulah alasan sebenar. Mem Mat Salleh, sangat marah alasan yang mamak haji berikan, dengan nada tinggi yang  telingga mamak haji masih berdesing, “He who makes  excuses, accuse himself” (Siapa yang memberi alasan, sebenarnya dia sepatutnya menyalahkan diri sendiri), mamak haji pun masa itu muda dan cenggih (garang) juga, bila pandang tepat muka dia, dia mula berlembut dengan berkata,“The day you take complete responsibility for yourself, the day you stop making excuses,  that’s the day you start to climb to the top” ( bila mana anda mengambil tanggung-jawab penuh dengan diri anda, pada masa itu anda telah berhenti beri alasan, dan pada masa sama juga anda sudah mulai langkah pertama mendaki puncak kejayaan). hahaha. Bukan senang nak jadi senang, cuba bayangkan air muka mamak haji, yang hitam ini jadi cerah dok belasah dengan mem mat salleh. Mamak Haji selepas itu malu nak jumpa untuk mengambil wang baki. Selepas seminggu suami mem Mat salleh itu (suami orang Melayu) panggil pejabat dan tanya kenapa tak mengambil wang baki dari mem. Bila mamak haji ceritakan hal sebenar dan mem basuh mamak haji pakai klorox, terbahak-bahak ketawa suaminya dengar kisah mamak haji. Walau pun suami ini orang berpangkat besar tetapi seorang yang berwatak lembut tegas dan sangat baik terhadap mamak haji kerana dia ini “kaki nasi kandaq”. Dia ceritakan kisah isterinya adalah seorang pemegang ijazah MBA dari university oxford.  Dia sukakan cara perniagaan mamak haji dan faham tentang insiden western food tempoh hari. Katanya, isterinya bukan marah tetapi mendidik mamak haji tentang ilmu pemasaran dan perniagaan. Suaminya kata, Inilah bezanya orang barat dengan kita. Kita hidup penuh dengan alasan. Mungkin betul mungkin tidak. Selepas itu mamak haji jumpa isteri dan cara orang barat ini satu yang mamak haji suka, mereka ini bukan jenis pendendam. Dia dah lupa perkara itu dan banyak juga mamak haji buat katering nasi kandar untuk kelurga ini. Pernah juga mem Mat Salleh ini mempelawa mamak haji ke England untuk memperkenalkan Nasi Kandar disana secara berniaga kongsi. Mamak Penang tetap Mamak Penang, dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung..hahaha!. Betulkah? mcm slongan mamak demonstrasi di depan komtar je!.

Rupanya kali ini banyak mamak celoteh dari tulis atikal. Tak apa esok cuti,  kita sambung balik bahagian dua ini OK. Di bawah ini mamak sertakan sekeping gambar ayam goreng yang telah katakan disihir..hahaha! patutlah ada yang gian makan ayam goreng mamak setiap hari… cuba anda cari dimana jin yang dikatakan duduk dalam pic ayam goreng ini?. Ini pic mami ambil dari handphone di restoren nasi kandar terkenal di Penang…hehehe!. Betulkah?. Ini cuma. “Just For Fun”. Jangan serius yea!. Cuma satu kebetulan..mami serius sangat dah!.

dari Mami yg hantar pic ini kata, ada wajah jinn dan tubuh yang sempurna. Boleh anda lihat..mamak haji rabun sikit. Betulkah?

 

Advertisements

1 Response to "STRATEGI PEMASARAN KATERING: BAHAGIAN 2."

wahhhhhh rindu giler nk baca mamak haji nyer N3, hehheh sorry mamak haji lama sungguh D5 tak berkunjung ke sini.. Sekali dtg fuhhhh berejam2 D5 baca N3 yg terlepas hehhhehe.. Best2 :D.. Suker ngan blog mamak haji byk info yg berguna selain resepi yg terbaek D5 jumpe.. Semoga Allah melindungi mamak haji Amin…

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,405,822 hits
Oktober 2012
I S R K J S A
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

%d bloggers like this: