PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for the ‘Kesihatan’ Category


Tikus - Tikus yang berkeliaran di Sebuah Restoren Terkenal di Serata Dunia.

Salam, Kali ini Mamak Haji ingin menulis satu atikal yang jarang dapat perhatian dari pengusaha restoren, gerai makanan atau pun Kantin. Mamak Haji menulis tajuk kali ini khas untuk  pembaca blog Mamak Haji melalui e-mailnya bertanya berkenaan, restoren yang diusahakannya setiap hari diserang oleh tikus-tikus. Sehinggakan pengusaha restoren ini sudah tidak tahan lagi keroskan yang dilakukan oleh geng-geng tikus ini. Haiwan mamalia perosak yang bernama TIKUS ini dalam kedai makan, restoren atau di rumah bukan mudah dihapuskan dan janganlah anggap kehadiran tikus ini masalah kecil. Haiwan Perosak Tikus ini merupakan satu ancaman besar kepada peniaga makanan dan juga kepada kesihatan manusia. Tikus bukan saja boleh menyebabkan ganguan emosi dan trauma kepada sesetengah induvidu, kerosakan fizikal  terhadap harta benda dan juga kepada sumber alam yang akan mengakibatkan kerugian ekonomi kepada negara. Paling bimbang ialah Haiwan perosak tikus ini penyebab ganguan kesihatan kepada manusia dan juga haiwan yang lain. Pasti kita tahu ramai yang maut angkara dari kencing tikus ini seperti di Lata Bayu, Baling di Kedah, Lubuk Yu, Maran di Pahang, Pegawai kadet Polis di Melaka dan kes-kes di Sarawak. Maka masalah kehadiran tikus dalam restoren atau premis menjual makanan kepada orang ramai, bukan lagi perkara biasa atau tak perlu ambil  berat untuk menghindarkan haiwan perosak ini. Tikus biasanya mencemarkan makanan melalui najis, air kencing, dan bulunya. Maklumat lengkap mengenai penyakit yang dibawa oleh tikus yang dijangkiti bakteria ini boleh dibaca: http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/kesihatan/376-bahaya-penyakit-leptospirosis-kencing-tikus

Adalah dikatakan tikus merangkumi 40 peratus dari jumlah mamalia tetapi bukan semua jenis tikus ini digolongkan sebagai haiwan perosak. Cuma 5 peratus jenis tikus yang dianggap haiwan perosak kepada manusia dan alam semula jadi. Tikus yang kita jumpa dirumah dan tempat perniagaan ialah tikus rumah. Tikus jenis ini dapat beradaptasi dengan baik di kawasan perkumpulan manusia. Bagaimana pulak kita boleh menghindarkan atau pun menghapuskan tikus di Restoren atau permis perniagaan makanan?. Boleh kah Restoren Mamak atau Pasaraya yang hebat di negara ini boleh lakukan seperti, Wal-Mart yang menjanjikan pada para pelanggannya bahawa mereka akan pastikan semua pusat penyediaan dan juga simpanan mereka adalah bebas dari sebarang serangan serangga dan juga makhluk perosak yang boleh mendatangkan masalah kesihatan pada pengguna – “As part of our commitment to food safety, the bakery and deli remain closed until the problem can be corrected. We’re working with a pest control company, a professional cleaning service and the Department of Agriculture to remedy the situation”. Read more: http://www.wgal.com/news/28776369/detail.html#ixzz1eIamkVYM Kita tidak dapat lakukan seperti ini di negara ini pada masa ini tak payah kita berdabik dada. Apa yang perlu lakukan ialah, kita sebagai penjual makanan perlu perihatian kepada pelangan tentang kesihatannya. Ia seperti kita bonceng motor memakai topi keledar. Adakah kita memakainya kerana takut kena saman atau ingin menjadikannya keselamatan kepada kepala kita?. Penyedaraan perlu terbit dari tanggung-jawab dan keperihatinan bukan dengan paksaan.

Mengawal dan menghindarkan tikus di restoren atau premis terdapat empat cara:

1. Sentiasa memeriksa kehadiran Tikus di premis. 
Haiwan perosak ini suka buang najis di merata tempat. Sekiranya dijumpai najis tikus maka sahlah  kehadiran tikus ini. Selain dari ini tanda-tanda tapak kaki tikus, kesan kerosakan dari gigitan tikus ke atas kayu, plastik, sabun basuh tangan,wayer dan lain-lain barangan didapur. Kesan air kencing yang busuk atau ternampak tikus hidup atau mati disekitar premis anda. Sekiranya  kencing tikus tercemarkan makanan, ia boleh diperiksa dengan menggunakan lampu ultraviolet.

2. Kebersihan.

Jika di sesuatu kawasan itu terdapat banyak tikus, ia sebenarnya membawa maksud bahawa tempat tersebut dipenuhi dengan punca makanan yang mewah bagi keperluan tikus. Tikus juga seperti haiwan lain memerlukan tempat perlindungan dan juga makanan untuk meneruskan hidup. Dengan memastikan bahawa tiada makanan atau sekurang-kurangnya menghadkan kewujudan makanan seminimum mungkin bagi keperluan tikus melalui tabiat menjaga kebersihan, kita berupaya memberikan kesan yang amat besar dalam usaha membenteras serangan tikus. Pengurusan sampah yang kebiasannya mengandungi makanan terbuang amat penting untuk diperhatikan. Pastikan kita menyediakan tong sampah yang tahan dimasuki oleh tikus samada tong sampah tersebut berada di luar atau di dalam bangunan. Ia hendaklah sentiasa tertutup dan tidak dibiarkan bertaburan sebelum dikutip oleh pekerja buang sampah. Dengan ini kita tidak akan menarik minat tikus untuk mendatangi premis kita yang sukar untuk ditemui makanan.  – sedutan dari blog PestSciences.
3. MENGHALANG TIKUS MASUK:

Cara mudah mengawal tikus menyerang kediaman kita adalah dengan menghalangnya masuk. Ini merupakan salah satu cara yang paling berkesan dan selamat tanpa penggunaan sebarang racun atau bahan kimia. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menghapuskan tikus 100% dari tempat perniagaankita. Tikus kecil seperti cencorot umpamanya dapat memboloskan dirinya walaupun melalui jurang sebesar 1 cm. Tikus dapat masuk setiap lubang sebesar kepalanya, jika kepalanya lepas maka anggota lain akan dapat melepasi lubang yang dilaluinya. Walaupun badannya besar, ia mampu meleperkannya untuk memboloskan diri. Namun ia perlu dilakukan sebagai salah satu cara yang melengkapi teknik kawalan tikus. Sebagai panduan sebarang ruang seluas 0.6 cm perlulah ditutup untuk menghalang kemasukan tikus. Semua tempat yang menjadi titik pertemuan kemasukan peralatan utiliti melaui dinding ke dalam premis kita seperti, paip atau corong air, paip saluran paip elektrik atau penghawa dingin, saluran angin dapur dan lain-lain yang seumpama dengannya.
  1. Pecahan pada pintu atau dinding atau bumbung.
  2. Saluran longkang yang masuk ke dalam kedai.
  3. Perhatikan ruang terbuka dibawah antara pintu kedai kita dengan lantai. Jika ada ruang pastikannya ditutup atau dirapatkan.
Tutup semua bukaan yang pada tempat yang disebutkan di atas dengan bahan yang bersesuaian. Bahan-bahan seperti simen, campuran plaster dan sebagainya boleh digunakan pada dinding yang berlubang.
4. Menghapuskan Tikus:

SUMBER DARI: PestSciences.blogspot

Maka bagi melengkapi keseluruhan kawalan, tidak dapat tidak teknik terakhir dalam mengurangkan atau menghapuskan tikus ini perlu dijalankan. Kawalan ini melibatkan usaha menangkap atau membunuh tikus melalui 2 cara:
  • Tangkapan atau menghapuskan tikus tanpa menggunakan bahan kimia.
  • Membunuh tikus dengan menggunakan racun atau bahan kimia.
Perangkap adalah satu cara kawalan tikus yang berkesan tanpa menggunakan sebarang racun. Bagi serangan tikus yang tidak banyak, penggunaan perangkap merupakan jalan penyelesaian yang cepat. Penggunaan perangkap juga dapat mengelakkan keadaan di mana tikus mati pada tempat yang tidak diketahui dan rumah kita dilanda dengan masalah bau bangkai yang busuk.
Berikut adalah antara sebab mengapa perangkap menjadi pilihan:
  1. Apabila kita tidak mahu menggunakan racun kerana khuatir kesan bahaya pada haiwan peliharaan atau kanak-kanak.
  2. Apabila kita khuatir racun akan menyebabkan makanan di rumah kita tercemar.
  3. Apabila tikus malu atau mengelak untuk makan umpan racun yang kita letak.
  4. Kita tidak mahu rumah kita dihantui bau busuk tikus yang mati termakan racun.
Terdapat banyak jenis perangkap tikus di pasaran. Yang biasa kita lihat adalah perangkap bidasan yang mengurung tikus apabila terkena. Ada juga perangkap bidasan yang membunuh tikus apabila terkena, tetapi perangkap jenis ini agak merbahaya terutamanya kepada kanak-kanak dan juga binatang peliharaan.
Satu lagi jenis perangkap yang berkesan tetapi agak jarang digunakan adalah perangkap gam. Sebidang kertas tebal akan disapu dengan gam khas untuk memerangkap tikus dan diletakkan pada laluan yang biasa diambil oleh tikus. Lebih elok diletakkan sedikit umpan di tengah gam tersebut. Biasanya teknik ini amat berkesan untuk memerangkap tikus yang degil.
Perkara yang perlu diberikan perhatian dalam penggunaan perangkap:
  • Sebelum memasang perangkap tikus, pastikan semua sumber makanan tikus dilenyapkan sebaik mungkin. Ini akan memaksa tikus merayau dan memasuki perangkap bagi mendapatkan makanan.
  • Pastikan perangkap bersih dan berfungsi dengan baik.
  • Simpan perangkap yang tidak digunakan dengan membungkus di dalam beg plastik bagi menghilangkan bau yang boleh menghindari tikus.
  • Jika ada tikus terperangkap atau mati pastikan anda tidak menyentuhnya dengan tangan tanpa perlindungan. Ini bagi mengelak dari berbagai penyakit bawaan tikus.
  • Perangkap yang disentuh oleh manusia akan meninggalkan bau manusia, kebiasaannya tikus tidak kisah dengan bau tersebut. Tetapi jika perangkap anda disentuh oleh haiwan seperti kucing atau anjing, ia mampu menghalau tikus dari menghampiri perangkap tersebut.
  • Usaha terakhir bagi menghapuskan tikus adalah dengan menggunakan racun tikus. Walau bagaimanapun penggunaan racun tikus adalah lebih baik dan selamat jika diserahkan pada pengendali khidmat kawalan makhluk perosak yang bertauliah. – Sumber dari http://malaysiapest.blogspot.com.
Bolehkah kita bunuh Tikus?.
Mengikut Ulama membunuh ular, tikus dan binatang yang dianggap bersifat menganggu boleh dibunuh berdasarkan Sabda Nabi SAW:
“Lima (haiwan) perosak yang boleh dibunuh diluar Tanah Suci dan di Tanah Suci iaitu: ular, gagak,tikus,serigala dan Rajawali” – (Mutafaqun ‘alaih). Maka bunuh tikus dibolehkan tetapi janganlah ia disiksa seperti membakar, melemaskan didalam air atau mencurah air panas ke atasnya adalah ditegah Islam. Tikus yang ditangkap hidup melalui perangkap, boleh dijemur diluar atau pun melepaskan ditempat yang jauh dari penempatan manusia dan haiwan peliharaan.



Cacing Sayur

Pada kali ini Mamak ingin menulis tentang resepi sayur yang ramai tak minat tetapi ia adalah satu dari makanan yang amat perlu di ambil perhatian.  Ramai anak-anak sekarang sudah tak mahu makan sayuran kerana mungkin cara kita masak sayur ini amat membosankan dan atau cara menu yang tidak begitu kreatif. Sayur-sayuran ini punyai nutrien yang tinggi seperti vitamin, mineral, protin dan karbohiderat yang amat memerlukan oleh tubuh badan kita.  Sayur-sayuran juga adalah ubat mujarab semula-jadi yang amat mujarab. Adalah dikatakan secara kajian saintifik, KOBIS yang dikukus boleh menurunkan kadar kolestrol dengan drastik kerana sayur kobis mengandungi kadar tinggi vitamin C, glutimine dan asid amino. Sekarang anda tahu kenapa tak perlu risau jamu hidangan nasi kandar yang dikatakan tinggi kolestrol. Seperti mamak katakan dalam posting rahsia rempah, setiap hidangan nasi kandar ada rahsia sebaliknya. Nasihat Mamak jangan lupa mengambil sayur kobis goreng nasi kandar setiap kali anda menjamu hidangan nasi kandar. Yang tak berminat nasi kandar itu, para pengkaji pemakanan syorkan dalam seminggu 2-3 kali anda perlu ambil sayur kobis.

Khasiat sayur Kobis:

  • Rendah lemak tepu.
  • Tinggi kalsium.
  • Kandungan serat yang tinggi.
  • Zat besi yang tinggi.
  • Galian Manganese yang amat tinggi.
  • Zat Potasium yang tinggi.
  • Kandungan Thiamin yang tinggi.
  • Vitamin B6 yng amat tinggi.
  • Vitamin C yang amat tinggi.

petikan: Daily fitnessmagz.com

Tip-Tip Masakan Sayur Kobis:

  1. Biasanya bahagian dalaman kobis ini bersih. Ala kadar bersihkan di luaran saja sudah mencukupi. Tetapi dalam banyak kes dalam masakan sayur ini, Mamak temui ” cacing sayuran” di dalam bahagian dalam kobis terutamanya dari bekalan tempatan. Dengan ini apa yang mamak sarankan ialah, “biar lambat, asalkan selamat” untuk dimakan, kalau tidak pelangan anda yang termakan cacing ini, akan fobia pada sebarang masakan kobis sepanjang hayat dia. Cara bersihkan kobis yang selamat ialah, buka sehelai ke sehelai dan bersihkan dengan cara alirkan air bersih menerusi pili paip di dapur. Selepas itu masukan dedaun kobis itu ke dalam besin yang berisi air garam (garam secekak)  atau air cuka untuk membersihkan telur cacing atau pun serangga yang lain yang sukar dibersihkan. Rendam selama 15 – 20 minit. Basuh kembali dengan air bersih dan masukkan ke dalam penapis supaya kobis dikeringkan. Cara kebersihan ini anda akan yakin 100 peratus bersih.
  2.  Memotong kobis perlu gunakan pisau diperbuat dari keluli tahan karat (stainless steel) sekiranya gunakan pisau besi (carbon steel) biasa, kobis anda bertukar warna kepada kehitaman.
  3. Selepas potong kobis jangan biarkan lebih dari 20 minit, kerana vitamin C yang terdapat dalam kobis akan rosak. Terus masak kobis selepas saja proses pembersihan. Mamak juga ingatkan kepada suri rumah yang ingin jimat sedikit perbelanjaan, jangan sekali beli kobis yang telah dipotong bersaiz di pasar.  Elakan membeli kobis yang telah kopek, hinggakan kobis sekilo jadi setengah kilo itu.

RESEPI KOBIS GORENG.

BAHAN-BAHAN:

  • Kobis bulat lebih kurang beratnya 1 kg. Kobis biasanya di pasar tempatan terdapat dua jenis ia itu kobis Indonesia dan kobis Cameron Highland. Kobis Indonesia keras dan padat, kobis cameron pula tidak terlalu padat tapi lembut. Cara menentukan jenis kobis dengan menekan sedikit kobis itu sekiranya padat dan keras ia adalah kobis Indonesia. Mamak suka pilih kobis cameron yang texture lembut dan manis dari kobis Indonesia. Kobis Indonesia lebih sesuai untuk perniagaan kerana harganya murah sedikit. Bersihkan dan potong empat bahagian dan potong dan buang bahagian tengah. Hiris kobis dengan cara 45 darjah kalau dalam kuantiti yang banyak. Bagi suri rumah eloklah cara mengopel sehelai demi sehelai dan potong halus (lebar 4-5mm).
  • 1 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.  Masih ingat lagi bagaimana buat pes ini?. Rujuk posting lama. (kobis 1 kg ini biasanya boleh hidangkan untuk 10 -14 tetamu). Sekiranya cuma perlu gunakan separuh, tentukan kobis 1/2 lagi itu disimpan dibungkus kertas di dalam peti sejuk. Jangan biarkan kobis itu terdedah, melecur nanti.
  • 3 ulas bawang putih dihiris halus.
  • 1 biji bawang labu sederhana besar dihiris halus.
  • 3 dahan daun kari.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
  • 1 sudu kecil (tsp) jintan putih.
  • 1/2 sudu halba campur (kalau suka)
  • 1 sudu besar (tbsp) serbuk cili.
  • 1/2 kecil (tsp) serbuk lada putih (white pepper).
  • 3-4 cili kering.
  • 2 biji cili hijau.
  • 1 batang karot di potong halus untuk hiasan.
  • 1 sudu kecil gula pasir.
  • 3-4 sudu minyak masak.
CARA-CARA:
1. Masukkan minyak masak dalam kuali. Bila minyak panas masukan halba campur. Bila rempah-rempah itu mula meletop, masukkan segera bawang putih yang telah dihiris halus. Bila hirisan bawang putih mula berwangi (3-5 saat), masukkan  bawang hiris dan juga cili kering dan juga daun kari. Bila bawang digoreng mula bertukar berwarna keemasan, masukkan segera pes bawang putih halia (Ini kena lakukan dengan cepat, sekiranya minyak terlalu panas, masukan satu sudu lagi minyak baru dalam kuali untuk kurang kepanasan minyak dalam kuali).
2. Masukan serbuk jintan putih, serbuk cili, serbuk lada putih, gula tetapi jangan masukan garam dahulu. Goreng sehingga pecah minyak . Bila minyak mula timbul, masukan sayur kobis. Keraskan api dapur dan goreng cuma dalam tempuh 3 minit. Sederhanakan api dapur dan tutup gorengan dengan tudung. Jangan biarkan terlalu kering dan hingga hangus. Yang selamat masukkan 1 cawan air.
3. Masakan sayur Mamak lebih kepada Masak sempurna (well done) dari masakan sayur cina atau orang Melayu. Sebab itu biarkan sayur gorengan itu masak bertutup selama 10-15 minit dengan api yang sederaha.
4. Buka tudung, masukkan garam secukup rasa (biasanya sukatan 1 tsp memadai). Masukkan hirisan cili muda (atau merah) dan hirisan hiasan karot. Keluarkan dan hidangkan dengan daun rempah (corriander) di atas. Anda juga boleh gunakan kacang campur sejuk beku gantikan karot.
Cuba resepi ini bersama ayam masak , lauk nasi kandar seperti daging masak itam atau kari ayam. Warna kompleksi di pinggan makan memang cantik. Halba campur boleh digantikan denagn biji sawi tapi awas janagan goreng sampai hangus. Kalau tak pandai main api..biasakan dengan api sederhana. Walau bagaimana pun anda perlu belajar main api dapur bila mamak ke resepi masakan sayur cina kerana ada sayur cuma masak dengan 30 saat saja.
P/S:  Cara Mamak Haji tulis resepi lain sikit. Banyak penerangan diberikan, kadang-kala Mamak Haji masukkan tip-tip sekali. Ini cara Mamak Haji menulis resepi jangan samakan dengan resepi cef-cef handal Mamak Haji cuma tukang masak Nasi kandar dapur kayu. Seperti Mamak haji selalu katakan blog Mamak haji bukan untuk orang profesional tetapi untuk orang yang minat buka perniagaan walu pun di tepi jalan. Maka yang anak muda di luar sana yang minat membuka perniagaan kalau ada masalah dalam masak ersepi mamak e-mailkan pada Mamak Haji tanpa segan. Mamak haji bukan profesional tapi seorang yang biasa meniaga tepi jalan pakai payung, pasar malam, buka warung, lewat belajar ..kerja di hotel dan buka restoren. Sekarang pencen sebab anak-anak dah besar dan pandai berniaga. Melalut pulak dah…e-mail Mamak haji: mohd.roslan99@gmail.com…jangan hantar spam..kesian kat Mamak yea!. Wassalam.

Berkongsi makanan bersama-sama keluarga, khasnya anak-anak yang sedang membesar, merupakan satu cara yang menyeronokan dan menjalinkan kasih sayang di antara isi kelaurga. Tidak apa yang mengembirakan ibu bapa dari melihat anak-anak mereka menikmati makanan disediakan oleh ibunya kecuali jika anak anda seorang yang terlalu cerewet dalam memilih makanan. Kenapa kanak-kanak ini terlalu cerewet dalam memilih makanan?.

  1. Pemilihan makanan terhad: Ini merupakan ciri yang paling ketara.  Bagi sesetengah kanak-kanak yang cerewet dalam makanan, pemilihanya makanan mungkin terhad kepada 20 makanan yang berbeza. Manakala bagi sesetengah yang lain pula, ia mungkin terhad kepada tiga makanan saja.
  2. Jenis kumpulan makanan terhad. Kanak-kanak yang cerewet dalam memileh makanan juga menghadkan jenis kumpulan makanan yang akan dimakan oleh mereka. Sesetengahnya hanya makan daripada satu kumpulan makan,contohnya roti dan bijirin sarapan. Kebiasaannya mereka tidak gemar makan dari kumpulan makanan buah-buahan, sayur-sayuran dan daging atau ikan.
  3. Reaksi yang berbeza terhadap pengenalan makanan baru:  Bila dihdangkan makanan yang baru, biasanya kanak-kanak yang cerewet ini akan meradang, marah kadang-kala buang makanan tersebut.
  4. Corak pemakanan yang sukar diubah: Kanak-kanak ini juga cenderung untuk makan makanan yang sama dengan cara yang sama dalam satu jangka masa yang panjang. Ini akan menghadkan ruangan untuk mereka mencuba makanan baru dan sukar makanan yang berdiet yang seimbang.
Makan merupakan satu proses yang kompleks serta mencabar bagi kanak-kanak terutama yang cerewet dalam memilih makanan, anda hendaklah cuba kenal pasti puncanya agar dapat membantu anak anda mengatasi masalah ini.
  1. Perkembangan motor-oral: Kanak-kanak hanya boleh makan apabila mereka telah bersedia. Memaksa anak anda mencuba makanan baru dalam keadaan mereka tidak tahu bagaimana untuk makan makanan tersebut akan menyebabkan anak anda enggan untuk makan. mereka akan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada makanan tersebut.
  2. Neofobia Makanan: Neofobia makanan atau takut kepada makanan baru merupakan peringkat perkembangan bagi kanak-kanak  yang berumur dua atau tiga tahun. Kanak-kanak yang mula mengambil makanan orang dewasa akan diperkenalkan dengan pelbagai jenis makanan baru. Pada waktu ini sesetengah mereka akan cuba mengelak kerana di selubungi perasaan takut.
  3. Faktor Persekitaran: Faktor persekitaran seperti kesibukan aktiviti sekolah dan makan di hadapan telivisyen boleh menyebabkan jadual waktu makan terganggu. Ini menjurus kepada masalah pemakanan kepada anak anda.
  4. Perlakuan yang dipelajari: Kanak-kanak biasanya cenderung untuk mengikut apa yang dilakukan oleh ibu-bapa tetapi tidak ikut apa yang ibu bapa menyuruh atau katakan. Kanak-kanak lelaki akan ikut cara bapanya dan kanak-kanak perempuan pula ikut cara ibu mereka.

Tip-Tip untuk Menghadapi Masalah kanak-kanak Cerewet Tentang Memilih Makanan:

Menangani keadaan kehampaan anda dengan penuh kesabaran, bersikap positif dengan tetap tegas tetapi tidak beremosional dan aggresif.
  • Elak dari mempraktikan kuasa ke atas anak anda seperti jangan pakasa menyuap makanan, jangan rasuah dan jangan sekali mewujudkan situasi “perasaan bersalah” dihatinya.
  • Sentiasa mempertengahkan makanan kesihatan untuk anak anda sekiranya mereka tidak bosan dengan pilihan anda.Beri kebebasan  dan peluang untuk mereka memilih makanan yang mereka suka asalkan ia dalam kategori makanan seimbang.
  • Hidangan baru biasanya mulakan dengan bahagian kecil dahulu supaya boleh memahami reaksi mereka. Pembaziran makanan perlu dielakan.
  • Jenis makanan yang ditolak  perlu diasingkan dari hidangan utama makanan. Contoh: sekiranya anak anda tidak menyukai karot maka janganlah buat hidangan utama bercampur karot cari alternatif yang lain.
  • Sentiasa buat hidangan yang mereka suaki. Seperti menghiaskan makanan dengan terlampau tidak digalakan. Bahan perhiasan perlu tidak mempunyai bahan makanan yang tidak disukai oleh anak anda. Bentuk pemotongan hiasan atau bahan makanan perlu menarik minat  anak anda. Inilah sebab French Fries McD atau Chicken Nugget Kfc atau donut dunkin donut amat diminati golongan kanak-kanak.
  • Meja makan mestilah situasi yang menjamu selera dengan selesa, tidak gangguan konflik keluarga atau gangguan-gangguan dari seperti TV.

Bidang katering adalah sebuah Industri yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Kita tidak boleh pragmatik dalam industri ini. Kita sebagai katerer perlu sentiasa majukan diri dalam apa jua keadaan yang memerlukan. Pelanggan masa kini bukan pelanggan yang 20 tahun yang lalu. Pengetahuan pelanggan tentang bidang permakanan begitu luas. Bidang kulinari sedang berkembang pesat di negara ini. Semakin banyak kolej dan universiti tempatan menghasilkan graduan-graduan dalam bidang ini. Maka tak heranlah semakin banyak Ilmu dalam industri disebarkan untuk orang ramai. 10 tahun dahulu pelanggan cuma mementingkan keenakan makanan yang anda sajikan, ketepatan masa masakan dihidangkan atau pun jumlah makanan yang mencukupi untuk tetamunya yang diundang. Pelanggan juga tak peduli  dari mana punca daging ayam atau lembu itu dihasilkan, berapa banyak  nilai kalori atau dari mana punca sebenar sayur-sayuran dihasilkan untuk jamuan. Tetapi kini zaman telah berubah; ramai pelanggan yang terdiri dari golongan elite, ingin tahu serba-serbi tentang apa yang mereka makan. Seperti orang Eropah berkata, “know your farmer, know your food”. Maka tak heranlah pelanggan ingin tahu dari ladang ternakan mana asal daging kambing, lembu, atau ayam yang anda sajikan untuk mereka atau dari mana sumber sayu-sayuran itu ditanam dan diperolehi.

Industri makanan kini pesat berubah. Makanan “organik” mula ambil tempat dalam industri makanan. Manusia kini lebih takut untuk mati. Takut mati kerana siksa kubur dan Neraka tak mengapa tapi ramai takut mati kerana kekayaan duniawi yang menutup mata dan hati seperti orang celik yang meraba dalam kegelapan. Ada juga segelintir petani yang sanggup mencari kekayaan menggunakan berbagai-bagai kaedah untuk mengaut keuntungan dari hasil tanaman dan juga haiwan ternakan. Berbagai kaedah sains moden digunakan untuk menghasilkan ternakan dan hasil tanaman yang lumayan tanpa memikirkan risiko kepada orang ramai yang memakan daging dan sayur-sayuran mereka. Binatang ternakan disuntik “anti-biotik” dan tanaman sayur-sayuran digunakan seribu satu racun yang telah dilarang seperti racun Lindane dan DDT yang lama telah diharamkan di negara-negera Eropah dan Amerika. Benua Asia menjadi pasaran baru untuk mereka. Daging haiwan ternakan disuntik anti-biotik boleh menyerap pada tubuh badan kita melalui daging haiwan ternakan itu. Kerap kali sayur-sayuran yang di ekspot ke negara Singapura dari negara ini telah diharamkan. Kadang-kala Mamak terfikir juga bila serangga pun tak rela makan sayur-sayuran yang disembur racun bagaimana pula kita memakannya untuk mendapat zat dari sayur-sayuran ini. Racun akan kekal berada pada tubuh badan manusia sehingga lebih 10 tahun lamanya. Tak mustahil trends katering akan berubah kepada “makanan organik’ di masa akan datang.

Di negara kita makanan organik menjadi lebih popular dikalangan golongan elite. Di negara Amerika dan Eropah telah menjadi trend baru dalam industri makanan sejak 1990 lagi. Di Amerika Sijil piawaian organik telah dikeluarkan dibawah akta mengenai makanan organik, “organic Foods production Act (OFPA) di lancarkan pada 1990. Di Malaysia kementerian Pertanian melaksakan pensijilan organik pada 2001 dibawah piawaian Skim Organik Malaysia dibawah Malaysian Standard MS1529:2001. Kini industri organik berkembang pesat di negara kita. Boleh dikatakan setiap pasaraya besar ada bahagian makanan organik. Katerer perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan makanan organik ini untuk menghadapi cabaran baru dalam industri katering moden.

P/S: Mamak mohon maaf kerana dah lama tak buat posting baru. Kedaan kesihatan Mamak yang dah berumur ini tak mengizinkan untuk menulis kerap kali. Pada pengunjung blog ini yang kirim e-mail, mamak harap bersabar dan setiap e-mail anda Mamak cuba balas seberapa segera yang boleh.


Terkejut juga mendengar larangan, “Menjual Nasi Lemak” di kantin sekolah oleh Menteri Kesihatan. Bila masa Nasi Lemak yang resepi makanan terun- temurun Masyarakat Melayu dan juga rakyat tempatan ini menjadi makanan yang mudaratkan bagi kanak-kanak?.  Nasi lemak bukan saja menjadi pilihan utama sarapan pagi yang digemari tetapi di Pulau Pinang ini menjadi makanan ringan tengah malam (supper) untuk masyarakat bebilang kaum. Mamak bukan seorang pakar dalam permakanan tetapi kadangkala rasa geli hati juga kenyataan-kenyataan para pakar dalam kajian makanan yang berkelulusan dari luar negara ini. Pakar-Pakar dalam negara ini seringkali suka menuding tangan kepada makanan kegemaran masyarakat kita seperti Nasi lemak, Teh Tarik, Nasi Kandar, Roti Canai dan yang lain yang menjadi makanan paling diminati. Kenapa mereka ini tidak mengkaji makanan snek barat yang bersarat dengan lemak yang tinggi seperti Burger, Cake, ayam Goreng Segera, mayonis, thousand Islands atau pun makanan ringanuntuk kanak-kanak?. Mayonis seperti semua ketahui dibuat dari Minyak masak dan telur tidak pernah dipersoalkan. Sebenarnya kanak-kanak sekarang lebih suka makan ayam KFC, Burger Macdonald atau keropok-kropok yang iklan di tv dari nasi lemak atau teh tarik ?. Kenapa pilih kasih tentang makanan barat dan makanan tempatan berbedza. Negara beriklim tropika seperti Malaysia yang berkeadaan panas, memerlukan lebih kabohiderat dari keperluan protien di Barat yang beriklim sejuk. Mereka makan gandum dan kita makan nasi. Ia bukan masalah jenis makanan barat atau tempatan tetapi nilai tenaga yang diperlukan tubuh badan berbedza mengikut iklim keadaan sesebuah negara. Apa saja jenis makanan diambil berlebihan dari tenaga keperluan tubuh badan, maka timbullah masalah lemak dan juga kegemukan.

Masalah obeseiti pada kanak-kanak dan remeja ini bukan masalah cuma di negara kita saja kerana makan nasi lemak, makan mee goreng atau kuoy teow goreng. Kanak-kanak di Amerika yang makan keju dan roti tetap akan menghadapi masalah obseiti ini. Di Amerika, kanak-kanak remaja yang lebih berat badan telah meningkat dua kali ganda dari tahun 1970.  15 peratus dari remaja yang berumur 6-19 tahun adalah kumpulan yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obseiti. Jangan cuma pandang pada pemakanan yang diambil kanak-kanak itu tetapi perlu juga kaji berapa banyak kanak-kanak itu menggunakan tenaga (kalori) setiap hari. Cara hidup kanak-kanak tahun 1960 dan 2011 telah banyak berubah. Bila tenaga dari makanan itu tidak digunakan tubuh badan dengan seimbang wujudlah tubuh badan yang berkeadaan bersaiz yang besar (super sizing). Makanan snek ringan (junk food) yang diminati kanak-kanak punyai lebih lemak akan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan kanak-kanak tidak dapat perhatian. Secara ‘amnya apabila kanak-kanak mengambil makanan berlebihan tanpa aktiviti fizikal yang aktif  akan mengalami berat badan yang berlebihan (obseiti).

Obseti bermakna lemak di tubuh badan yang berlebihan, perlu ingat tentang obseiti kanak-kanak tidak ada persetujuan yang ‘am mengenai definasi dari pakar-pakar pemakanan untuk menentukan kaedah, ” kanak-kanak digolongkan sebagi kanak-kanak obseiti”. Cara biasa mengukur obseiti kanak-kanak cuma menggunakan kaedah yang diubah-suai BMI (Body mass Index) yang perbandingkan mengikut umur orang dewasa. kanak-kanak yang lebih berat badan amat pengaruhi terhadap kehidupan normal kesihatan dan juga akibatkan emosi sosial dalam kehidupan kanak-kanak yang berobseiti.

Bagaimana ibu-bapa boleh membantu dan menentukan kanak- kanak mengawal berat dan sentiasa berada dalam keadaan sihat?:

  • Semasa kanak-kanak itu bayi lagi, perlu diteknkan ialah susu ibu adalah paling terbaik dan cuba perlambatkan memberi makanan pejal (Solid Food) pada bayi tersebut. Harus ingat susu ibu mencukupi segala zat yang diperlukan oleh bayi untuk membesar secara normal. Kurniaan Allah s.w.t kepada hambanya manusia tidak ternilai atau terhitung. Jangan terperdaya dengan iklan-iklan di kaca tv anda yang diiklankan kononnya susu lembu punyai segala zat untuk bayi itu. Susu lembu cuma untuk anak lembu saja bukan untuk anak manusia. Sekiranya anda tahu rahsia susu ibu masyallah, subahannallah…begitu hebat sekali.
  • Ibu bapa perlu melatih anak-anak dari awal tentang, ” Makanan Kesihatan” (healthy food) seperti membiasakan mereka mengambil makanan yang kurang lemak, kurang garam, dan elakan makan snek ringan (junk food) yang punyai kandungan lemak yang tinggi.
  • Tentukkan kanak-kanak ini mengambil bahagian yang aktif dalam aktiviti fizikal di sekolah atau di luar waktu sekolah pada setiap hari.
  • Waktu menonton t.v atau permainan video perlu dikawal dan pendekan cuma 1 jam sehari sahaja. 
Bagaimana pihak sekolah juga boleh membantu menghadapi obseiti kanak-kanak?.
  • Segala minuman berperisa manis perlu dikurangkan di kantin sekolah. Pili air minuman dingin (water cooler) perlu disediakan di kantin sekolah atau ditempat riadah kanak-kanak. Pihak sekolah boleh dapat berkerjsama dengan PIBG untuk adakan “water cooler”. Water Cooler yang diadakan perlu dipasang penapis air yang bersesuain.
  • Sekiranya air minuman perasa manis perlu dijual,  gula mestilah dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga paras 50 peratus.
  • Satu program khas untuk kanak-kanak obseiti perlu diadakan di sekolah dengan kerjasama dengan kementerian kesihatan, pakar pemakanan, pakar counseling kanak-kanak, guru-guru dan PIBG. Dalam program ini, beri tumpuan kepada rekod kurangkan berat badan kanak-kanak yang mengalami maslah berat badan atau sedang berobseiti.
  • Sebelum ini pun Mamak banyak menulis atikal tentang kantin sekolah, pemilihan Katerer untuk kantin sekolah lebih profesional dalam kaedah pemakanan kanak-kanak. Sekolah perlu aturkan menu hidangan di kantin mengikut cadangan program khas untuk mencegah obsieti di kalangan kanak-kanak.
Apakah akan berlaku kepada ummah milinium akan datang dengan di penuhi generasi “obseiti” ini?. Rasulullah s.a.w telah telah banyak meninggalkan amalan-amalan dalam permakanan. Kenapa kita perlu ikut cara pemikiran barat yang cuma berkepentingan untuk manpulasi pasaran perniagaan global untuk kepentingan peribadi mereka. Baca atikal Mamak tentang, “Permakanan dalam Islam” di blog ini.

Di Pulau Pinang cerita telur ayam tiruan ini menjadik topik panas di restoren dan kedai makan. Ramai pengusaha kedai makan ramai yang merungut menu masakan telur tidak lagi dapat sambutan sejak keluar berita telur tiruan ini di media utamma. Kisah telur tiruan bukan cerita baru. Sejak tahun 2009 cerita telur tiruan telah menjadi topik hangat di negara Cina dan negara Singapura. Mamak dengar cerita ini dari pengusaha restoren Cina di Pulau Pinang pada tahun 2008. Pada mulanya Mamak tak percaya dengan cerita ini, mana boleh buat telur palsu?. Tetapi pada tahun lepas mamak sendiri terbeli telur tiruan ini. Tapi sekiranya kita lapurkan, kita bukannya orang terpengaruh dan pihak berkuasa bolh layan orng macam kita ini. Kemungkinan Hamba Allah yang lapurkan tentang telur tiruan ini punyai pengaruh, sebab itulah benda ini jalan. Anda datanglah ke Pulau Pinang, banyak barang tiruan yang dijual dan diedarkan dalam pasaran terbuka seperti, beg, kasut, pakaian, minyak masak, minyak wangi, minyak petrol yang dicampur aduk denga minyak tanah, kandungan gas masak ditipu dalam tong gas masak yang telah sedut keluar. Harga botol gas masak ikut kerajaan tapi berat gas?, sabun basuh yang tiruan, ayam, ikan  yang dicelup bahan pengawit mayat.sampai ayam itu langsung tak rosak berbelas jam dipamirkan tanpa penyejuk beku, sayur yang guna bahan racun serangga yang berlebihan, jadikan bahan pewarna daging yang mcm segar bugar. Apa yang tak ada tiruan?…di Pulau Pinang ini bini tiruan pun ramai tanpa kawalan surat nikah yang sah. Mamak pun tak faham kenapa manusia jadi begini rupa sekarang?. Di mana fungsi dan penguatkuasaan  Jabatan-Jabatan berkenaan yang mengawal bahan makanan ttiruan ini?. Bukankah mereka dibayar gaji oleh rakyat untuk menjaga kebajikan rakyat?. Kerajaan itu bukan kepada rakayat dan untuk rakyat?. Cuab hantar e-mail rungutan ini kepada Jabatan-Jabatan yang berkenaan bertuah kalau dapat jawapan. Buang masa saja. Nasib baik CAP ada di Pulau Pinang yang terajui oleh mamak-mamak Penang ini yang aktif sedikit dalam hal-hal keselamatan permakanan. Lama kelamaan kita akan hasilkan satu generasi yang akan datang penuh dengan masalah kesihatan kronik. Yang paling kita sibuk ialah Halal dan Haram. Halal itu skop yang luas dalam perpektif permakanan Islam bukan sembelih saja tetapi ia merangkumi keselurahan dari penghasilan di ladang sehingga sampai ke dalam mulut orang muslimin.  Muslimin yang sihat akan menghasilkan Ummah yang sihat. Betapa pentingnya tanggung jawab ini kepada seorang muslim.

AL-KISAH TELUR AYAM TIRUAN:

Kulit luar telur ayam tiruan ini diperbuat daripada bahan kimia Kalsium Karbonat. Kuning telur dan putih telur pula diperbuat dari sebatian sodium alum, gelatin, garam makan, dan pewarna tiruan. Cara pembuatan telur tiruan ini, masukkan sodium algi dalam air suam dan campurkanbahan kimia lain untuk membentukan seperti putih telur. Kemudian campurkan gelatin dengan asid benzoic untuk menjadikan putih telur seperti putih telur ori. Kuning telur pula dibentuk dengan campurkan perwarna kuning. Dengan menggunakan garam makan bentukan seperti telur dengan menggunakan acuan telur untuk hasilkan membrane telur. Kulit telur pula diperbuat daripada wax lilin, serbuk gypsum dan kalsium bicarbonate.

 

 

BAGAIMANA MENGENALI TELUR TIRUAN?:

  1. Pegang telur dan rasa kelicinan kulit telur. Permukaan kulit telur tiruan agak kasar.
  2. Apabila kita pecahkan telur tiruan ini dan masukan dalam bekas, putih telur dan kuning akan bercantum disebabkan tindak balas udara ke atas bahan kimia telur tiruan.
  3. Kulit luar telur tiruan ini lebih berkilat dari telur ayam yang asli. Sukar untuk dibezakan ini sekiranya kualiti telur tirun baik.
  4. Apabila telur tiruan digoncang, telur tiruan akan menghasil bunyi kocakan dalam telur seperti telur busuk.
  5. Bila kita menghidu bau telur biasa ia seakan berbau daging ayam yang mentah tetapi telur tiruan tidak akan hasilkan sebarang bau.
  6. Bila menjentik kulit telur asli dengan kuku jari, ia kan bunyi seperti rangup. Kulit Telur Tiruan yang diperbuat dari wax tidak punyai bunyi ini.
  7. Bila goreng mata lembu (kerbau) kuning telur mudah pecah dan putih telur pula mengeluar bunyi meletop dan menghasilkan lompangan udara yang banyak.

Telur tiruan tidak punyai sebarang zat untuk tubuh badan manusia. Tetapi bahan kimia yang digunakan untuk pembuatan tanpa kawalan seperti benzoic acid dan Allum akan memudaratkan kesihatan seperti kerosakan pada hati atau sistem saraf. Pengedaran telur tiruan sukar dibendung kerana pembuatan besar-besaran barang tiruan ini selalunya berlaku di negara jiran. Seperti semua orang tahu, apabila harga sesuatu barang dinaikan dengan sewenang-wenang barangan tiruan yang murah akan mengambil alih pasaran. Ia sama seperti jualan rokok. Persatuan Pengedar telur ayam selama ini hanya bermesyuarat untuk kenaikan harga telur perlu ambil langkah proaktif seperti menurunkan harga telur dibawah par untuk mengekang gejala telur tiruan jika tidak industri telur akan mengalami pukulan hebat dari pengguna dan pengemar telur ayam akan  berhenti dari makan telur ayam. Mamak cuma boleh nasihat, sementara waktu ini berhenti dari makan telur ayam sehingga Persatuan Pengeluar Telur turunkan harga telur dan langkah membendung telur tiruan ini. Kepada penjual telur tiruan janganlah lakukan perkara begini kerana anda atau keluarga anda juga akan termakan telur tiruan ini. Kerajaan patutnya kenakan tindakan maksima kepada penjual-penjual telur tiruan yang laknat ini sebagai pengajaran kepada yang ingin cari untung untuk cepat kaya. Kepada CAP Mamak ucapkan terima kasih kerana bongkar isu ini walau sudah basi.

Telur ayam ini memang tak boleh sangkal salah satu makanan berkhasiat memberi nutrisi dan salah satu makanan yang dianggap sebagai makanan kesihatan yang terbaik untuk tubuh manusia tetapi telur juga ini juga akan memberi kesan sampingan seperti daging, ayam dan ikan sekiranya tidak dikendalikan betul dalam pengendalian dalam masakan. Telur yang segar dari ladang kemungkinan mengandungi bakteria bahaya yang bernama, “salmonella Entertidis” (SE) yang boleh menghasikan  penyakit bersangkutan dengan makanan (Foodborne Ilness). Telur yang digunakan dalam masakan perlu digunakan dengan cara yang betul. Bagaimana bakteria “salmonella” dijangkiti dalam telur?. Bakteria ini selalunya terdapat diluar kulit telur kerana telur yang dikeluarkan oleh ayam ialah sama dengan saluran yang sama dengan keluarnya najis ayam. Dengan sebab inilah telur ayam perlu basuh dan dibersihkan dari sebarang kuman (sanitized) di ladang ternak telur sebelum diedarkan kepada penjual. Malangnya kebanyakan ladang proses telur ayam di negara ini,  tidak lakukan pembasuhan menggunakan bahan pembunuh bakteria. Bakteria ini juga kemungkinan boleh terdapat di dalam atau luar telur. Ayam yang dijangkiti bakteria ini tidak akan memberi kesan kepada ayam tersebut. Bagi suri rumah yang menggunakan telur pastikan telur dibasuh sempurna sebelum digunakan. Pada pengemar yang cari ubat kuat yang dicampur telur mentah kampung awas. Tentukan telur mentah itu dicampur dengan madu asli untuk diminum mentah. Madu punyai nilai anti bakteria yang baik. Wassalam.


Minyak masak dalam perniagaan berunsurkan makanan, terutamanya di negara ini menjadi nadi kepada perniagaan. Mungkin sebab ini minyak masak menjadi barangan dan harga kawalan kerajaan dengan memberikan subsidi untuk minyak masak sehingga 2 billion setahun. Mungkin disebabkan harga yang bersubsidi minyak masak ini lesap dalam pasaran tempatan. Mamak bukan nak sembang pasal kekurangan minyak masak dalam pasaran itu tugas yang menjaga sempadan negara. Apa yang penting bagi peniaga seperti kita ialah bagaimana kita boleh menjimatkan kos perbelanjaan minyak masak dalam perniagaan dan mencari keuntungan dalam perniagaan.  Boleh dikatakan minyak masak adalah salah satu keperluan yang penting dalam setiap masakan di kita.  Masakan yang kita nak bincang ialah Masakan gorengan (deep fry) seperti Goreng Ayam, goreng Ikan atau gorengan yang lain yang menggunakan kuantiti minyak masak. Masalah yang besar peniaga seperti kita hadapi sekarang dari pelangan yang terlalu taksub dengan tiori-tiori dari negara barat yang mengatakan keburukan tentang minyak sawit kita. Ramai pelangan yang terdiri dari golongan intelek yang terlampau belajar tidak mahu makan makanan yang digoreng dengan minyak sawit negara kita. Kononnya minyak kita tak selamat untuk goreng dan rosakan kesihatan. Mereka ini juga menolak makan makanan gorengan di restoren tempatan terutamanya di restoren Nasi Kanadar Nasi kandar dan restoren Melayu. Ada juga golongan ini sempit pemikiran mengatakan Restoren Francais Barat yang dimpot minyak soya atau selain dari minyak sawit digunakan untuk gorengan (deep Fry) mereka.  Ada juga pelangan bertanya kedai mamak ini gunakan minyak jenis apa sebelum memesan ayam goreng. Mamak selalu menjawab sudah tentu minyak zaiton (virgin olive oil) untuk gorengan ayam. Hahahaha!, golongan ini kalau kita nak kata bodoh tapi berpelajaran tinggi, ada yang profesional berjawatan Doktor dan Jurutera. Nak kata apa?. Tak akan Mamak nasi kandar lebih pandai dari mereka?. Maka inilah  sebab Mamak kali ini nak cerita pasal minyak masak dan juga untuk peniaga restoren atau katering memahami serba sedikit sebanyak tentang Minyak Masak ini. Ini mungkin membosankan tetapi kita perlu memahami untuk penjimatan kos minyak masak dalam perniagaan. Topik ini juga amat manfaat bagi suri rumah terlalu rungsing sebab badan mereka semakin bulat.  Persoalan yang biasa di kantin pulak, apakah minyak masak  yang telah gunakan untuk gorengan boleh diguna kembali?. Adakah minyak ini selamat digunakan?. Bagaimana cara yang selamat untuk menyimpan minyak yang telah masak terpakai?. Bagaimana cara goreng yang yang betul?. Macam soalan bermain di kepala kita tentang minyak ini.

SMOKE POINT (TAKAT MULA MINYAK BERASAP).

Berbagai-bagai jenis minyak dan jenama terdapat dalam pasaran. Bermacam-macam iklan semua mengenai  kebaikan minyak keluaran mereka dalam media. Tapi yang mengecewakan kita ialah tiada penerangan mendalam tentang minyak masak yang kita gunakan setiap hari. Ramai di antara kita cuma mengetahui tentang kolestrol yang bersangkut paut dengan “Polyunsaturated Fatty Acid” (PUFA) asid lemak yang dapat meningkatkan kolestrol baik (HD) dalam tubuh badan kita. Pengeluar minyak masing-masing dari Bunga Matahari, Jagung, atau minyak biji kapas. minyak zaiton dengan megahnya mengatakan minyak mereka yang paling terbaik . Memang betul cakap mereka itu, tetapi tahu kah anda bahawa minyak-minyak yang mengandungi PUFA ini punyai kelemahan untuk masakan gorengan (Deep Fry) yang memerlukan suhu yang tinggi dalam proses gorengan. Kelemahan kumpulan minyak ini, bila gunakan minyak-minyak seperti ini untuk gorengan yang bersuhu tinggi akan menghasilkan komponen toksid,  semasa kepanasan minyak masak mencapai suhu “smoke point”. Apa itu “smoke point”?.  Sebelum kita lompat tajuk lain, elok kita memahami apa itu “smoke point” atau pun takat minyak berasap”. Smoke point ialah apa bila minyak dipanaskan dengan suhu yang tinggi, lemak (fatty) dalam minyak masak mulai  pecah kepada “glycerol” dan ia juga membebaskan asid lemak (fatty acid) dan bila asid lemak pecah lagi untuk menghasilkan “acrotein”. Acrotein ini pula bersebati dengan arcolein untuk menghasilkan asap (smoke) yang sangat tidak menyenangkan dan menyebabkan mata kita gatal dan berair apabila terkena asap ini. Sekiranya suhu minyak itu naik lagi atas paras smoke point maka wujudlah “Fire Flash Point” (takat suhu sambar api) untuk menghasilkan api. Api terbentuk dengan sekiranya ada tiga faktor. Bahan Api (minyak, kayu, kertas dll), Oksigen (udara) dan suhu takat sambar api atau flash point. “smoke point”  untuk jenis minyak seperti berikut:

  • Minyak Bunga Matahari 232 darjah C.
  • Minyak Soya 238 darjah C.
  • Minyak sapi 252 darjah C.
  • Minyak Zaitun 191 darjah C.
  • Minyak jagung 232 darjah C.
  • Minyak kelapa 232 darjah C.
  • Minyak Kelapa Sawit 240 darjah C.

Kesimpulannya untuk gorengan (deep fry) yang penting bukanlah jenama minyak atau jenis minyak tetapi smoke point minyak itu. Kita perlu cari minyak yang punyai smoke point yang tinggi. Kalau tidak minyak yang digunakan walau pun tinggi mutu tetapi ia tidak sesuai jenis gorengan yang diperlukan.  Lihat jadual di atas smoke ponit minyak zaiton itu terlalu rendah boleh kah digunakan untuk goreng ayam atau ikan?. Pasti tidak boleh kerana suhu minyak yang diperlukan untuk  gorengan ayam atau ikan adalah 180 -190 darjah C.    Walau pun minyak zaiton dikatakan punyai nilai nutrisi yang tinggi tetapi ia tidak sesuai untuk gorengan. Ia sesuai digunakan tanpa suhu panas. Suri rumah jangan pulak kerana terlalu pening tentang minyak masak dengan baca buku diet, pii goreng ayam guna minyak zaiton. Nanti bukan kalori tubuh badan yang bakar, dapur dan tubuh badan yang terbakar.

Minyak sawit kita amat sesuai untuk goreng dengan suhu panas. Ia juga memiliki kandungan monosaturated dan saturated Fatty Acid yang seimbang. Kalau kedua ini tak seimbang maka minyak jenis ini tidak baik untuk kesihatan. Ia juga di panggil omega 3 dan omega 6.

Faktor- Faktor luaran menyebabkan suhu smoke point minyak masak jatuh rendah:

  1. Mencampur adukan minyak baru dan minyak terpakai.
  2. Suhu memanaskan minyak terlalu tinggi.
  3. Kekerapan minyak diguna pakai.
  4. Penyimpanan minyak terpakai yang salah.
  5. Membiarkan minyak terpakai tidak ditapis dan tidak tutup rapat.

 

CARA-CARA MENGORENG (DEEP FRYING) DENGAN BETUL.

  • Semasa goreng tentukan sentiasa suhu minyak dikekalkan kepada 180-190 darjah C. Semasa goreng ayam atau ikan yang bersalut tepung (bater) dimasukkan dalam minyak yang panas yang bersesuaian, suhu yang panas bersesuain akan cepat membentukan perisai (shield) untuk minyak tidak dapat menyerap ke dalam bahan gorengan yang masih sejuk dan hasil gorengan tidak terlampau berminyak. Isi ayam atau ikan digoreng akan masak melalui cara tidak langsung dari haba minyak tetapipengaliran haba perisai tepung dan bahan di goreng. Dengan ini juga pembaziran minyak boleh jimatkan.
  • Sekiranya minyak tidak cukup panas. Perisai tepung tidak akan terbentuk maka minyak akan sampai kepada isi ayam atau ikan  sebelum lapisan tepung cukup masak (garing) untuk jadikan lapisan yang perisai. Hasil masakan seperti ini terlalu berminyak.
  • Sekiranya anda goreng menggunakan habuk roti (bread crumb) celupkan bahan goreng (ayam) itu didalam telur yang di pukul ringan dan gulingkan kedalam habuk roti (bread crumb) yang telah ditambah garam dan lada (seasoned). Biarkan selama 15-20 mint sebelum mengoreng untuk ia menjadi kering dan bread crumbs melekat pada bahan goreng.
  • Untuk gorengan ayam atau ikan tidak boleh gunakan garam semasa goreng. Garam akan menyebabkan wap air wujud dipermukaan bahan gorengan dan menyebabkan gorengan anda meletup. Garam halus boleh taburkan sedikit semasa hidangan telah goreng (tapi payah stail kita). Goreng Ikan keli perlu awas!. Ada yang jadi buta kerana goreng ikan keli ini.
  • Sekiranya ingin goreng Fries kentang (French Fries), goreng terus dari keluarkan dari peti sejuk (masih keras lagi). Ini akan mengurangkan penyerapan minyak dan French Fries menjadi rangup.
  • Elakan gorengan yang terlalu banyak dalam satu masa. Ini akan menyebabkan suhu minyak akan menurun mendadak.
  • Sekiranya minyak terlalu panas tambahkan minyak yang baru untuk mengawal suhu minyak.
  • Keperluan sukatan minyak untuk gorengan  ialah 1 isi padu bahan gorengan bersamaan dengan 6 isipadu minyak. 1:6.

Minyak sebelum gorengan perlu dipanaskan dahulu sebelum gorengan dilakukan dengan 7-8 darjah C lebih rendah dari suhu gorengan yang dikehendaki.

 

TANDA-TANDA MINYAK TERPAKAI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN.

  • Minyak bertukar warna menjadi kehitaman.
  • Kepekatan minyak bertambah dari biasa.
  • Minyak terpakai yang disimpan mendapati terdapat bendasing yang terapung atau membentuk lapisan di permukaan minyak.
  • Apabila minyak gorengan telah mengelurkan asap atau minyak yang telah terbakar.
  • Sekiranya minyak berbau yang tidak menyenangkan atau masih berbau dari bahan gorengan yang lepas.

 

CARA MEMANJANGKAN HAYAT MINYAK MASAK:

  • Hayat minyak masak terpakai akanmenjadi pendek bila anda suka memansakan minyak untuk masa yang panjang. Apabila anda mula goreng jangan biarkan minyak itu panas tanpa bahan gorengan. Masa selingan gorengan perlu cepat dan jangan biarkan minyak panas terlalu lama tanpa gorengan. Selesai gorengan cepat padamkan apai dapur dan sejukan minyak.
  • Dapatkan jangka suhu untuk Deep Fry. Jangka suhu ini akan banyak membantu anda semasa gorengan dan menjimatkan masa gorengan dan kegunaan minyak.
  • Semasa gorengan dikeluarkan untuk masukkan kembali bahan gorengan, pastikan tapis minyak gorenag terdahulu dengan menggunakan penapis tangan yang mudah. Ia tidak mahal tetapi akan menjadikan minyak gorengan anda sentiasa bersih.
  • Apabila minyak masak telah sejuk dan selamat untuk ditapis, tapiskan minyak telah gunakan dengan penapis kantung teh atau kain nipis. Anda juga boleh dapat kertas turap yang berkon untuk tujuan ini. Jangan masukan dalam minyak baru.
  • Gunakan kembali bekas minyak dan tuangkan minyak terpakai kedalam. Tentukan ia ditutup rapat dan kalu boleh simpan di peti sejuk anda sebelum digunakan. Ia menjadi beku tidak mengapa. Apa di keluarkan dan dibiarkan dalam udara biasa ia akan cair cepat.

Nota: Nasihat Mamak Haji tentang minyak ini satu saja…jangan beli minyak murah dibungkuskan dalam beg plastik walau pun ia murah tetapi kuatiri minyak lama digunakan tidak pasti.bercampur dengan minyak baru. Kedua minyak ini tidak sesuai untuk menyimpan dan semasa gunakan banyak minyak tertinggal dalam eg palstik itu. Kadangkala timbangan 1 kg amat meragukan. Gunakan minyak 5 kg dalam botol. Ia bermutu dan cuma harganya beberapa sen lebih. Mungkin post akan datang Mamak tulis tentang ” Greese Trap” dan atau perangkap minyak yang perlu ada pada setiap restoren.  Pada yang mintak resepi itu sabar dulu. Mamak tetap akan posting resepi yang anda semua mintak itu…wassalam.


Sila Baca Berita ini:

156 premis makanan kotor ditutup

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com

KOTA TINGGI 5 Mei – Sebanyak 156 premis makanan diarah tutup serta-merta oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kota Tinggi (JKDKT) dalam Operasi Premis Makanan yang bermula awal tahun ini sehingga pertengahan bulan lalu.

SEREMBAN 24 April – Jabatan Kesihatan negeri mengeluarkan arahan penutupan sementara kepada 29 daripada 30 premis yang diperiksa dalam satu operasi mengejut yang dilakukan malam tadi di sekitar bandar ini.

Di atas adalah contoh-contoh berita berkenaan premis yang kotor dan jijik yang saban hari kita dengar dan lihat dalam media elektronik atau pun baca surat khabar. Kenapa perkara sebegini masih berlaku di negara kita yang bercita-cita ingin menjadi maju?. Apakah kita sebagai pemilik premis makanan ini asalnya dari jenis pengotor?. Sikap ini sukar diubah; kalau ia telah menjadi rutin harian dalam kehidupan kita. Apakah sikap pemilik premis makanan ini begini kerana sikap pelangan yang pentingkan cuma “harga” atau “kelazatan makanan” saja, tanpa memikirkan kebersihan?. Kadangkala ada juga pelangan yang masih takut dengan kebersihan, yang beranggapan sekiranya premis makanan yang bersih,  ” pasti mahal”?. Dengan sebab inilah ada pelangan yang sanggup berkunjung premis makanan di belakang lorong yang tempat pembuangan sampah, Di tepi jalan yang tak ada kemudahan bekalan air dan penuh habuk dari jalan, Di tepi longkang yang busuk dan ada juga kunjung ke premis makanan di tepi kolam kumbahan Indah Water. Kenapa perkara ini berlaku?. Kenapa pelanggan tuju tempat ini?. Kerana harganya murah?. Tak perlulah bawa pasukan FRU untuk roboh gerai-gerai ini kerana ia akan menguriskan perasaan rakyat terutama peniaga Melayu yang mencari sesuap nasi. Majlis perlu memikirkan tempat yang strategik untuk peniaga seperti ini. Kalau orang Melayu berminat dalam bidang ini perlu beri keutamaan. Majlis Tempatan jangan pula bina premis makanan di tempat yang pelangan sukar kunjung. Nanti gajah dan Harimau yang singgah di kedai-kedai makan seperti ini. Di Seberang Perai, Pulau Pinang banyak bukti seperti ini. Itu bukan tolong namanya. Itu melingkupkan peniaga. Sarankan peniaga-peniaga ini tubuhkan persatuan yang boleh membantu kalau mereka kerjasama dan bukannya tubuhkan pemikiran politik.  Malas nak cerita berkenaan dengan gerai-gerai Majlis ini di Pulau Pinang. Ada yang punyai Restoren tapi masih punyai dua tiga tempat berniaga di gerai-gerai majlis. Kadangkala Majlis Tempatan ini kebanyakannya tolong diri sendiri dari menolong peniaga bumiputera yang ingin berniaga. Ini cuma pendapat Mamak yang bertahun berniaga di Pulau Pinang. Tahu asam garam keperitan pemilik warung- warung Melayu asal Pulau Pinang ini. Orang Melayu Pulau Pinang ini telah menjadi mangsa Politik. Tidur dgn Politik, Makan dgn Politik, Main dgn Politik..akhirnya berniaga pun dengan Politik. Bila serba-serbi jadi politik beginilah jadi akhirnya. Politik hanya bantu orang berkaitan dengan politik dan orang sekeliling dengan orang politik bukan untuk peniaga macam kita…kais pagi makan pagi…kais petang makan petang. Peniaga macam kita perlukan pelangan berbagai-bagai kaum. Kalau berminat politik tak perlulah jadi taukeh kedai makan. Orang Politik akan gunakan sesiapa saja untuk kepentingan mereka.

PERKARA YANG PERLU SEORANG PEMILIK RESTOREN AMBIL TAHU TENTANG PREMIS.

1. Keselamatan makanan, perlindungan makanan, kawalan suhu semasa proses penyimpanan, penyediaan, pameran dan penghidangan.
2. Kebersihan diri dan kesihatan pengendali makanan.
3. Kebersihan peralatan dan perkakasan makanan serta kemudahan mencuci.
4. Kebersihan dan penyimpanan bahan makanan mentah.
5. Keselamatan bekalan air dan sambungan bekalan air paip.
6. Sistem perlimbahan yang berfungsi dengan baik serta pemasangan perangkap minyak yang sempurna.
7. Kemudahan tandas dan mencuci tangan yang bersih dan berfungsi dengan baik.
8. Pengurusan pembuangan sampah dan sisa dapur.
9. Bangunan (Lantai,Dinding & Siling), pencahayaan dan pengudaraan.
10.Kawalan serangga, rodensia (tikus), dan haiwan peliharaan.

Kesalahan Yang Sering Dilakukan Oleh Pemilik Premis Makanan:

1. Tiada grease trap / perangkap minyak atau pemasangan yang tidak sempurna.
2. Tandas kotor dan kemudahan tandas tidak berfungsi dengan sempurna.
3. Tiada kawalan lalat, tikus dan lipas.
4. Lantai, dinding dan siling kotor atau rosak.
5. Tidak memakai apron dan penutup kepala.
6. Pekerja tiada suntikan Typhoid.
7. Peti ais kotor dan tidak tersusun.
8. Membasuh pinggan di atas lantai.
9. Premis tidak mempunyai stor penyimpanan makanan.
10.Tong sampah tidak mencukupi dan bertutup dengan sempurna.

Sila Lihat GAMBAR Keadaan Salah Sebuah Kantin Industri di kawasan Perusahaan yang berteknologi Tinggi Di Kulim, Kedah ini: Kantin ini dikelolakan oleh Sahabat Mamak. Ini sebahagian gambar yang diambil masa lawatan Audit Mamak ke Kantin ini. Gambar yang lain kalau anda lihat..muntah!. Kadangkala Pemilik Premis Makanan dalam kesibukan berniaga dan kira duit, lupa tentang kebersihan. Pengurusan kantin kilang pula tidak peduli janji makanan murah dan cukup untuk pekerjanya. Kalau boleh lantiklah  seorang juru odit yang berpengalaman dalam pengurusan premis makanan untuk syarikat anda untuk membuat pemeriksaan terkejut dan bawak semua staff anda untuk menonton gambar-gambar  seperti ini. Pasti ada perubahan berlaku.


Apabila membaca sebuah hadis dari Imam Al Bukhairi, Nabi Muhammad S.A.W bersabda, yang bermaksud: ” Tidak ada penyakit yang tidak dapat diubati dengan al-Habbah al-sawda, kecuali al-sam (mati)“. Hadis ini amat mempengaruhi untuk saya mengetahui rahsia rempah yang sebenar. Maksud “al- Habbah al sawda”, ialah, ” Jintan Hitam”. Dari hadis ini kita ketahui begitu ajaib rempah-rempah yang digunakan dalam masakan kita. Kali ini mamak ingin meneroka rempah ajaib yang satu lagi, Serbuk kunyit dan menyentuh sedikit berkenaan kunyit hidup dalam masakan Melayu Asli. Masakan India atau Mamak Pulau Pinang jarang menggunakan kunyit hidup.

Kegunaan rempah serbuk kunyit dalam masakan tradisi orang India menjangkau lebih 5,000 tahun.  Kunyit ini bukan saja sebgai bahan masakan tetapi ia adalah bahan perubatan tradisional bagi orang Cina, India (Ayurveda) dan perubatan tradisonal Melayu sejak berzaman. Kunyit hasil dari rizom tumbuhan yang digelar “curcumalonga“, (dari pokok kunyit). Kunyit berasal dari negara Indonesia dan  Selatan India. Serbuk kunyit atau Kunyit (hidup)kerap digunakan dalam masakan asli Melayu dan India Selatan. Rempah kunyit telah menjadi sinonim dengan masakan India dan Melayu nusantara dan penting dalam setiap masakan. Selain dari memberi warna menarik (complexion) untuk sesuatu hidangan masakan, ia juga memberi masakan kita aroma dan khasiat perubatan yang amat tinggi.

Kunyit mempunyai banyak kegunaan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional Melayu. Perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga digunakan untuk menyembuhkan bengkak hati . Kunyit berserta dengan ramuan –ramuan lain juga digunakan untuk mengubati bengkak gusi , sakit dada dan perut, gangguan haid dan melancarkan aliran darah . Sebatian kimia dari ( curcuminade) kunyit juga telah dibuktikan dapat digunakan sebagai berkesan mencegah bakteria bahaya (anti-septic value). Dengan sebab inilah kunyit digunakan dalam gorengan ikan dan ayam. Selain aroma yang sangat nyaman, ia juga dapat membunuh bacteria bahaya yang terdapat dalam isi ikan atau daging ayam kadangkala masakan daging juga banyak gunakan rempah kunyit ini.

Keistimewaan Kebaikan Kegunaan Kunyit Dalam Masakan:

  • Membaiki sistem penghadaman.
  • Mengurangkan angin (gas) dalam perut.
  • Membantu dan melancarkan penghadaman protein tepu dan kandungan karbohidrat tinggi seperti nasi. Dengan ini kunyit boleh digunakkan sebagai bahan untuk menguruskan badan.
  • Membaiki dan membantu keupayaan tubuh badan menghancurkan lemak (menguruskan badan).
  • Membantu membersihkan sistem hati dari toksid bahaya.
  • Fomulasikan tisu yang baru dalam tubuh.
  • Mengurangkan kesakitan sendi-sendi, gatal dan bengkak kemerahan di permukaan kulit.

Kunyit yang mempunyai ramuan anti-oksida ‘curcuminade’ membantu boleh menghindarkan barah (cancer), arthris dan penyakit Alzaimer dan penyakit hati.

Kesimpulan:

Walau pun makanan orang kita selalu dikecam oleh pakar-pakar perubatan barat tentang nilai kolestrol yang tinggi atau pun cara penyediaan yang bagi mereka tidak mematuhi penyediaan makanan sihat. Malangnya mereka lupa tentang nilai ubatan rempah yang diadunkan dalam dalam masakan kita. kegunaan rempah dalam masakan kita, boleh menghindarkan kesan negatif yang wujud. Pendapat saya masakan barat cuma masakan gimmik yang pentingkan “persembahan” (display) masakan dan makanan ini pulak cuma sesuai untuk negara mereka yang beriklim sejuk. Di Barat kita perlu guna protien yang tinggi dalam masakan untuk menjaga kepanansan tubuh. Pembentukkan lemak dalam tubuh cepat berlaku dalam tubuh. Di negara kita yang beriklim khatulistiwa, lemak sentiasa akan terbakar begitu pantas.  Pakar-pakar pemakanan kita perlu mengkaji dan menyelidik keseluruhan resepi makanan kita dari segi kesan rempah yang digunakan dalam masakan. Pemakanan yang diambil perlu dengan kesesuain aktiviti fizikal kita. Kalau hentam nasi kandar hari-hari tetapi cuma duduk kat kerusi empuk dipejabat yang berhawa dingin mana tak naik perut?. Nasi kandar boleh dimakan tetapi se sekali dalam seminggu sudahlah. Nasi kandar sebenarnya menu yang dicipta untuk kuli-kuli pelabuhan Pulau Pinang semasa penjajahan British dahulu, yang lakukan kerja manual yang keras dan manual. Kerja-kerja pemunggahan barang secara manual di pelabuhan perlukan tenaga yang banyak. Sekarang Nasi kandar sudah menjadi makanan eklusif  dan mahal. Pekerja biasa sudah tak mampu rasa nasi kandar seeperti Ikan bilis yang dulu makanan orang miskin tetapi kini cuma mampu dibeli orang kaya 1kg cecah hingga RM40.00. Masakan barat cuma glamour dengan nama seperti tajuk sesuatu Filem yang belum tentu isi ceritanya baik. Perniagaan orang barat cara kapatilisma ini cuma untuk monopoli, manupulasi, minda kanak-kanak kita dengan berbagai cara. Dalam dunia kapatalisma ini, kajian dan  data penyelidikan boleh dijual dan beli oleh golongan yang punyai wang dan kuasa. Analisa dan penyelidikan yang di taja oleh mereka yang punyai kuasa dan wang sudah pasti akan berpihak kepada mereka atau tuannya.

Jangan terlalu ghairah dan glamour dengan makanan barat. Seminggu sekali masak resepi Nasi kandar mamak yang ada diblog ini dan makan bersama dengan keluarga tercinta. Seisi kelurga ambil peranan dalam memasak kalau seorang penat itu. Alangkah indah dan bahagia keluarga anda. Bayangkan kemesraan yang timbul semasa masak sendiri beramai-ramai di kenduri dan bukan pesanan katering!. Kalau resepi anda berjaya boleh jemput sanak saudara, kawan sepejabat atau jiran anda untuk  menjamu selera pulak di rumah anda untuk menjalinkan kemesraan siratul rahim. Ada masalah masak nasi kandar?, e-mailkan mamak. Khidmat nasihat percuma..apa lagi yang mamak boleh bantu?.  Ada juga pengunjung blog ramai e-mail kat mamak, ” kat Penang mana kedai rempah/”. Mamak tetap balas e-mail itu. Wassalam.


Peti sejuk biasa digunakan di bidang Restoren, Katering atau pun di kantin mempunyai tiga jenis: 1. Peti Sejuk Domestik (Rumah) 2. Peti Sejuk  Komersial yang punyai satu pintu hingga 4 pintu. dan 3. Bilik sejuk digunakan dalam bidang katering sekala besar seperti hotel, Chain Restoren atau pun kantin kilang yang mempunyai ramai pekerja. Peti sejuk mainkan peranan besar dalam bidang makanan atau pun di rumah. Fungsi peti sejuk secara rambang boleh mencegah pembaziran  dan juga memaksimumkan hayat sesuatu bahan makanan. Peti sejuk biasanya mempunyai dua ruangan yang berbeza suhu. Dibahagian atas peti sejuk dirumah adalah bahagian suhu yang paling rendah diantara 0 hingga -18 darjah centigrade digelar penyejuk pembekuan(cold). Bahagian bawah peti sejuk pula berfungsi sebagai bahagian suhu dingin(cool), ia itu suhu di antara 0 darjah centigrade hingga +5 darjah centigrade. Ia berbeza pula dengan peti sejuk komersial yang bahagian atas ruang suhu dingin dan sebelah bahagian bawah pula ruang untuk suhu pembekuan. Peti sejuk komersial perlu dipasang dan dilengkapi dengan jangasuhu untuk menentukan bahan makanan anda sentiasa berada dalam suhu yang selamat. Sekiranya peti sejuk anda tidak dilengkapi dengan jangka suhu dapatkan sebuah jangka suhu dapur yang bersekil +15 hingga -30 centigrade.

1. Tentukan semua bahan makanan yang telah dimasak ditutup kemas. Makanan yang telah masak sekiranya tidak ditutup akan menyebabkan ia cepat menjadi kering. Perlu ingat udara dalam peti sejuk anda adalah  sangat kering, ini akan menjejaskan kualiti makanan, rasa dan aroma makanan tersebut akan berubah disebabkan aroma makanan lain yang tersimpan bercampur aduk.

2. Perlu ingat, Suhu sejuk yang terdapat dalam peti sejuk anda tidak akan menambahkan kualiti makanan yang disimpan dan juga tidak akan membunuh sebarang bakteria bahaya yang terdapat dalam bahan makanan tetapi suhu yang sejuk (rendah) hanya boleh membantu memperlambatkan proses enzim bahan makanan yang membantu memperlambatkan pembiakan bacteria didalam bahan makanan tersebut. Proses ini juga boleh membantu mengekalkan rasa, kualiti, tektur tidak ubah dan secara ‘amnya membantu makanan itu selamat untuk dimakan walau pun dalam jangka waktu yang panjang.

3. Jangan ragu-ragu masukan masakan yang sedang panas terus ke dalam peti sejuk anda. Fungsi utama peti sejuk ialah menyejukan makanan untuk berada dalam suhu selamat dari pembiakan bakteria merbahaya. Sekiranya penyejukan cepat dilakukan dalam peti sejuk, kita boleh melambatkan pembiakan bakteria dalam makanan itu. Bakteria akan membiak cepat dalam zon suhu +5 darjah hingga 60 darjah centigrade.  Zon suhu ini amat bahaya kepada bahan makanan dan ia digelarZon Suhu Bahaya“. Sekiranya anda membiarkan hidangan yang telah dimasak dalam zon suhu ini, selepas 2 jam, kemungkinan bakteria telah membiak begitu cepat dalam makanan anda. Syarat 2 jam ini paling penting. Sekiranya Zon Suhu Biasa ini diabaikan, risikonya mat tinggi. Kita kerap kali dengar keracunan makanan di Kantin-kantin sekolah tetapi pengetahuan tentang “Zon Suhu Bahaya” tidak dipedulikan. Kantin Sekolah jarang dibekalkan dengan “BinMerry” (pemanas hidangan )untuk menhindarkan Zon suhu bahaya ini. Imunusasi kanak-kanak terhadap bakteria bahaya rendah dari orang dewasa. Semua pengendali kantin sekolah perlu beri perhatian yang berat tentang perkara “Zon Suhu Bahaya”.

4. Sekiranya anda perlu simpan bahan makanan yang telah masak dalam kuantiti yang banyak, pastikan diasingkan dalam bekas kecil dan kedalaman (tinggi) bekas itu perlu kurang dari 3 inci. Pastikan usaha berterusan untuk menjadikan peti sejuk anda sentiasa boleh menawan segala pembiakan bakteria bahaya dalam bahan makanan anda.

5. Jangan “over-loading” atau sesakan ruang peti sejuk anda. Peti sejuk perlu ada ruang udara yang baik untuk pengudaraan. Pengudaran baik boleh menentukan ruang peti sejuk anda punyai suhu yang sekata dalam setiap ruangan. Bahan makanan yang sudah dimasak dan bahan makanan yan belum dimasak perlu asingkan. Tentukan rak yang paling sejuk digunakan untuk bahan makanan yang memerlukan suhu yang rendah. Sayuran dedaun perlu diberi perhatian kerana suhu yang rendah akan menyerap kelembabpan sayur-sayuran dan menjadi sayur cepat layu dan lecur. Untuk mengelakan ini adalah perlu sayur-sayur dedaun perlu disimpan dengan dibungkus kertas atau pembalut plastik supaya kelembabpan tidak mudah diserap dan menjadi kering.

6. Makanan yang telah masak yang perlu disimpan dalam peti sejuk, segera disimpan dalam peti sejuk secepat mungkin, sekurang-kurangnya selepas 2 jam terdedah pada suhu bilek untuk melambatkan pembiakan bakteria. Sekiranya suhu bilek tinggi dari 27 darjah centigrade perlu masukan sebelum 1 jam.

7. Peti sejuk perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 3 minggu sekali. Keluarkan semua isi peti sejuk tapi perlu ingat, syarat 2 jam yang disebutkan di atas perlu dipatuhi. Tentukan keadaan peti sejuk anda sentiasa bersih diluar dan didalam. Segala pertumpahan yang berlaku perlu dilap dan dibersihkan segera. Tentukan suhu di bahagian dingin sentiasa berada dalam +5 darjah centigrade. Pelaras suhu atau dipanggil “thermostat” berfungsi dalam keadaan baik. Pelaras suhu selain dari mengawal suhu,  ia juga penting untuk penjimatan tenaga letrik.  Bahagian bawah dalam peti sejuk komersial tidak boleh membiarkan ais terbentuk tebal. Ais akan menjadi penebat (penghalang kepada penyerapan haba dalam ruangan) untuk mendapatkan suhu yang rendah. Suhu ais tepu ialah cuma sifar darjah centigrade. Ais terbentuk kerana kerap kali membuka peti sejuk (udara luar yang wap air tinggi) dan juga getah pintu sejuk anda telah rosak dan perlu diganti. Kekunci pintu peti sejuk perlu laraskan untuk menentukan pintu peti sejuk sentiasa kedap dari udara luar yang mempunyai kelembabpan tinggi.

Nota: Penulis adalah Pakar dan memiliki Sijil Mekanik dalam penyejuk Pembekuan yang diiktiraf MLVK. Sekiranya pembaca ada sebarang soalan dan masalah mengenai peti sejuk anda boleh diutarakan melalui e-mail: mohd.roslan99@gmail.com.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,883,326 hits
April 2024
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930